Ia dilakukan bagi membantah tindakan paderi Lawrence Andrew, Pengarang The Herald yang membuat kenyataan pada 27 Disember lalu agar supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka.
Selain membantah kenyataan paderi tersebut, protes itu juga bertujuan untuk mendesak agar paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam setelah ia turut disifatkan biadab dan berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.
Tambah menarik, apabila Kit Siang cuba menyalahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, kononnya menyokong tindakan protes tersebut yang disifatkan sebagai haram dan tidak mengikut perlembagaan.
Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut mempertikai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.
Sedangkan pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan secara jelas telah memutuskan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.
Malah selaku ketua agama Islam negeri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.
Persoalannya, apakah pelbagai siri himpunan jalanan yang dianjurkan pembangkang sebelum ini tidak haram dan mengikut perlembagaan? Di manakah suara Kit Siang ketika himpunan yang diadakan untuk menggulingkan kerajaan tempoh hari? Tidak pula kedengaran suaranya menyalak selantang ini.
Menarik bukan? Inilah yang dikatakan ibarat meludah ke langit akhirnya terpercik ke muka sendiri.
Yang menghairankan apabila Kit Siang dilabelkan sebagai pemimpin yang 'ultra kiasu' dan bersikap perkauman, dia dengan segera akan mempertikaikan tindakan itu. Sedangkan semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini jelas membuktikan bahawa dia memang bersikap perkauman.
Benarlah kata Noh Omar sebelum ini yang menyifatkan Kit Siang sebagai 'Keldai Tua' yang tidak memahami undang-undang berkaitan penggunaan kalimah Allah di Selangor.
Kesimpulannya, sebagai orang Islam, kita seharusnya sedar dan dapat melihat pelbagai cubaan demi cubaan dari pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam. Terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang memerintah negeri itu. Gerejanya pula semakin berani ditambah dengan tindakan para paderi mereka yang semakin biadab dengan pelbagai kenyataan yang berunsur provokasi.
Sedangkan dulu perkara-perkara mengarut seperti ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini. Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?
Malah pengedaran Bible versi bahasa Melayu juga semakin berani dilakukan dengan secara terbuka khususnya di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Atau apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.