Rabu, 1 Januari 2014

Tangkap saja Padre Lawrence Endrew

Khatolik Herald telah meletakkan pendirian mereka untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam aktiviti keagamaan mereka.

Ia sekaligus satu tindakan menderhaka terhadap Sultan yang telah melarang agama lain memggunakan kalimah tersebut.

Sultan adalah ketua agama dan pemerintah nombor satu dalam pentadbiran Selangor.

Justeru, Umno Subang pagi ini membuat satu laporan polis di Sungai Buluh ekoran kenyataan padre tersebut

Dalam 5 prinsip Rukun Negara kita di kehendaki kita sebagai rakyat perlu hormati dan salah satu prinsip tersebut ialah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Jadi dengan kedegilan padre tersebut bermakna dia lagi mengamal 5 prinsip tersebut, maka wajarlah beliau di kenakan tindakan undang-undang.

5 PRINSIP RUKUNEGARA
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN