Semua orang sudah tengok kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang, kecuali mereka yang memboikot Utusan Malaysia dan lain-lain akhbar arus perdana.
Malam tadi berita jam 8 malam, ada menunjukkan rakaman lama Lim Guan Eng tibai atau balun Kerajaan Bn Terengganu kerana membeli Mercedes E200. Bukan main hebat kutukan beliau.
Kini beliau pula menjadi kutukan rakyat kerana membeli Mercedes S300 yang jauh lebih mahal daripada E200.
Dahulu kerajaan Pas Kedah juga telah mengejutkan negara dengan pembelian Mercedes S350 yang harganya melebihi RM 800 ribu.
Mercedes siri 'S' adalah variasi termahal dalam keluarga Mercedes bagi kenderaan 4 pintu. Tak kira S300, atau S500.
Hari ini, LGE terpaksa mempertahankan pembelian S300, tak cukup dengan penerangan oleh beliau, pengerusi kewangan negeri pula terpaksa buka mulut ( kesian dia). Esok atau lusa siapa pula yang akan mempertahankan beliau, mungkin Mat Sabu, mungkin juga Hadi Awang.
Dahulu, masa mula-mula pegang jawatan ketua menteri, naik kapal terbang pun kelas ekonomi atau kelas biasa bukannya kelas business padahal dia naik kelas 'hot seat'. Pecacai sibuk ambil gambar dan tunjukkan kepada rakyat kononnya dialah pemimpin berjiwa rakyat. Yang sebenarnya dia adalah pemimpin bekas banduan penipu rakyat.