Isnin, 7 April 2014

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)

Photo: ASB 2, REALITI DAN SABOTAJ? Semasa Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok  Cawangan Cawangan UMNO Batu Pahat 2014 oleh YB Datok Tajuddin Rahman Ahli MT UMNO, saya menjelaskan ASB 2 adalah satu lagi bukti kesungguhan Kerajaan UMNO membela nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia.

ASB 2 akan menambahkan lagi ekuiti orang Melayu dan mengukuhkan syiar Islam di Malaysia. Ia melibatkan sejumlah 10 Bilion unit dan sesiapa yang mendaftar antara sekarang hingga 31 Disember 2014 akan mendapat 10 unit saham ASB secara percuma. Bahkan sesiapa yang sudah ada pelaburan RM 200K di ASB 1, boleh melabur di ASB 2.

Tetapi terdapat juga pihak yang tidak senang di atas kejayaan ini cuba menggunakan isu hukum untuk menggagalkan Agenda Melayu dan Islam yang penting ini. Mereka mendakwa pelaburan ASB adalah haram. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 telah bermuzakarah dan memutuskan bahawa pelaburan ASB termasuk dividen dan bonusnya adalah HARUS. Majlis Fatwa adalah badan berautoriti dan berkelayakan dalam mengeluarkan fatwa.

Semasa berucap di Perhimpunan AGUNG UMNO 2004 mewakili UMNO Johor saya sudah mencadangkan mengenai ASB 2 ini. Alhamdulillah setelah 10 tahun, ASB 2 menjadi realiti. Ini sumbangan besar UMNO dalam perlaksanaan Islam melalui uslub Maqasid Syariah.
Perasmian Berkelompok Persidangan Umno Cawangan Bahagian Batu Pahat Johor 2014 

Dalam usaha meningkatkan ekuiti bumiputra dalam pelaburan saham, kerajaan Barisan Nasional telah pun memperkenalkan ABS2 pada 2 April 2014 lalu.

Oleh yang demikian sempena musim Persidangan Agung Umno yang bemula April ini hampir semua Majlis Pelancaran Persidangan Tahunan Umno Cawangan telah mengambil kesempatan untuk memberi penerangan tentang ASB 2 yang ramai lagi masih belum tahu tujuan dan maktamatnya.

Bagaimana pun kemunculan ASB2 ini sangat tidak disenangi oleh banyak pihak terutama mereka yang ingin melihat orang melayu gagal dalam pemilikan saham. Malah mereka yang bernama Islam juga cuba memperlekehkan sistem saham amanah dengan meletakkan hukum melabur adalah haram dalam Islam.


Dr Zaharudin dari UIA mengatakan ASB adalah haram. Beliau menggunakan hujah Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC). MPS berpandangan jika sekiranya sesuatu syarikat utama itu berniaga secara halal tetapi anak syarikatnya terlibat dengan pelaburan judi/arak, dan pendapatan daripada anak syarikat yang terlibat judi tersebut kurang 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.


Menurut Dr Puad Zarkashi , dalam kes ASB, isunya ialah ASB melabur dalam syarikat kewangan iaitu Maybank dimana 70% Islamik dan 30% konvensional. Iaitu tidak memenuhi syarat mesti kurang 5% seperti yang ditentukan oleh MPS (Majlis Penasihat Syariah) SC. Maka di sinilah kita sepatutnya mengikut pandangan 'Majlis Fatwa Kebangsaan' (MFK) yang mengatakan ASB itu HARUS atas alasan berikut:

  1. Yang 30% itu bukan judi atau arak tetapi sistem kewangan yang masih konvensional. 
  2. Maka MFK menggunakan kaedah 'Maslahah Ammah' iaitu mengelak kemudaratan yang lebih besar. 
  3. Ada usaha untuk menjadikan Maybank 100% syariah comply kerana cuma tinggal 30% sahaja lagi non syariah comply. 
  4. Kita berijtihad, jika tepat dapat 2 pahala dan jika tidak tepat, masih dapat satu pahala.  Maka diharap kita jangan ragu ragu demi mengukuhkan ekuiti orang Melayu dan Islam di negara kita.
Majlis Fatwa Kebangsaan pula telah menjelaskan bahawa
  1. ASB tidak melabur dalam perkara judi dan arak.
  2. Ia melibatkan soal Maslahah Umat iaitu mengelakkan keruntuhan yang lebih besar.
  3. Maslahah Ammah adalah juga prinsip penting dalam menentukan sesuatu hukum.
  4. Mengelak kemudaratan yang lebih besar iaitu iaitu keruntuhan kepada institusi kewangan Islam.
  5. Ia merupakan soal ijtihad. Kalau betul dapat dua pahala. Dan kalau salah dapat satu pahala.
ASB2 yang dilancarkan 2 April lalu adalah ilham Umno Johor dimana Dr Puad Zarkashi yang mencadangkan kepada pihak kerajaan agar satu lagi saham amanah diwujudkan , ucapan perwakilan Johor itu di buat dalam Perhimpunan Agung Umno 2004 di PWTC. 

ASB 2, REALITI DAN SABOTAJ? Semasa Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok Cawangan Cawangan UMNO Batu Pahat 2014 oleh YB Datok Tajuddin Rahman Ahli MT UMNO, saya menjelaskan ASB 2 adalah satu lagi bukti kesungguhan Kerajaan UMNO membela nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia.

ASB 2 akan menambahkan lagi ekuiti orang Melayu dan mengukuhkan syiar Islam di Malaysia. Ia melibatkan sejumlah 10 Bilion unit dan sesiapa yang mendaftar antara sekarang hingga 31 Disember 2014 akan mendapat 10 unit saham ASB secara percuma. Bahkan sesiapa yang sudah ada pelaburan RM 200K di ASB 1, boleh melabur di ASB 2.

Tetapi terdapat juga pihak yang tidak senang di atas kejayaan ini cuba menggunakan isu hukum untuk menggagalkan Agenda Melayu dan Islam yang penting ini. Mereka mendakwa pelaburan ASB adalah haram. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 telah bermuzakarah dan memutuskan bahawa pelaburan ASB termasuk dividen dan bonusnya adalah HARUS. Majlis Fatwa adalah badan berautoriti dan berkelayakan dalam mengeluarkan fatwa.

Semasa berucap di Perhimpunan AGUNG UMNO 2004 mewakili UMNO Johor saya sudah mencadangkan mengenai ASB 2 ini. Alhamdulillah setelah 10 tahun, ASB 2 menjadi realiti. Ini sumbangan besar UMNO dalam perlaksanaan Islam melalui uslub Maqasid Syariah.

AMANAH SAHAM NASIONAL ASB2http://www.asnb.com.my/asb2.htm