Karpal Singh dan Anwar Ibrahim adalah musuh ketat satu waktu dahulu atau lebih tepat lagi sewaktu Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Karpal pernah mencabar Anwar supaya meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menurut Karpal sudah ada laopran polis terhadap salah laku seks terhadap Anwar.
Cabaran Karpal dilakukan di dalam dewan rakyat dan sudah semestinya lah dakwaan dan tuduhan itu dicatat dalam hansard.
Lebih hebat lagi apabila Karpal muncul sekali lagi dalam berita perdana 2008 selepas selesai PRU 12 dan meminta Anwar supaya bertaubat kerana menimbulkan banyak masalah kepada negara.
Secara umumnya, dakwaan Karpal bahawa Anwar meliwat dan menjalinkan hubungan dengan ramai wanita mengukuhkan lagi siasatan terhadap Anwar. Lim Kit Siang juga menuduh bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan 26 wanita, tuduhan itu juga dibuat di dalam dewan rakyat.
Secara tak langsung pendedahan Karpal menyebabkan Anwar hilang segala-galanya dan dihukum penjara selama 15 tahun.
Kini Karpal dan Anwar menjadi sahabat dan kedua-duanya menggembleng tenaga untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Selain itu, Timbalan Presiden Pas iaitu Mat Sabu juga telah menjaja kisah liwat Anwar dalam ceramahnya dengan menggelar Anwar al-juburi.
Dalam kes liwat Anwar vs Saifol, Karpal menjadi peguam bela kepada Anwar. Sudah tentu bayaran guaman yang diterima oleh Karpal amatlah tinggi. Kini anak guamnya kalah dan dikenakan hukuman penjara buat kali kedua dalam kes yang serupa.
Cuma sehingga kini, Karpal belum memohon maaf kepada Anwar terhadap apa yang beliau lakukan terhadap anak guamnya.