Rabu, 23 April 2014

Hadis, Peliwat dan Meliwat

Rentetan isu tunduk untuk menghormati mayat kafir harbi, seorang ahli politik telah dikecam hebat dari pelbagai pihak. Perkara itu telah berlaku bukan sekali tetapi sudah dua kali.

Oleh yang demikian dalam satu ceramah, beliau cuba mempertahankan tindakannya seolah-olah beliau tidak bersalah. Lebih mendukacitakan apabila secara sedar dan sengaja telah memutar belitkan hadis (hadith) untuk menyelamatkan lehernya. Ternyata tindakan beliau menggunakan hadis telah mendedahkan siapa peliwat sebenarnya.

Sejak 1998 lagi apabila beliau melakukan kesalahan, beliau tidak pernah mahu mengakui akan kesilapannya dan tidak pernah memohon maaf.

Jadi dengan isu terbaru in, jelas menunjukkan sikap bongkak beliau seolah-olah tidak pernah buat salah dan tidak pernah melakukan kesilapan. Sebaliknya menuduh pihak UMNO dan BN sengaja mencari kesalahan dan membesarkan isu. 

"Pemimpin parti itu juga menuduh BN ketandusan isu, sedangkan sekutunya iaitu Pas tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan. BN dikatakan sengaja menimbulkan fitnah terhadap pemimpin parti tersebut."

Lihat dan nilai lah sendiri sikap bongkaknya yang sentiasa betul dan tidak buat salah. Jadi dalam kes liwat dan seks songsang tindakan beliau adalah sama. menafikan dan menuduh pihak BN memfitnah beliau. Lihat dalam kes liwat baru-baru ini, pembelaannya hanyalah berbentuk penafian semata-mata tanpa sebarang alasan yang kukuh dengan membawa saksi untuk menyokong hujahnya.

So......nak percaya lagi?