Rabu, 2 April 2014

Syiah semakin berani kerana Pas

Berita terkini yang diterima dari sahabat mendedahkan perkembangan terkini iaitu penularan ajaran syiah ke dalam sekolah agama rakyat di negeri yang dikuasai pembangkang.

Jika dahulu mereka hanya bergiat secara sulit seperti freemason kini mereka tidak segan silu mendedahkan siapa mereka kepada umum dan mereka sangat berbangga dan megah dengan pegangan mereka.

Tahun lepas sewaktu dua individu dari Taiping dihadapkan ke mahkamah ramai penyokong mereka dari sebuah parti politik hadir dengan indentiti parti mereka, berani membawa penyokong menggunakan kenderaan yang terpampang logo parti siasah mereka.

Malah sejak sekian lama ramai anak-anak ahli perti tersebut ditaja oleh pihak tertentu untuk belajar di universiti di Iran. Sudah semestinya lah apabila mereka balik ke Malaysia mereka mereka akan membaya budaya dan fahaman mazhab syiah ke dalam jiwa mereka dan sudah tentu mereka akan menjadi mubaligh yang berselindung dan bertakiyah dengan parti tersebut.

Cuma pihak jabatan agama negeri masih takut untuk mengambil tindakan kerana ia ada kaitan dengan pengaruh politik fahaman mereka. Demi sokongan parti maka jabatan seolah-olah tutup sebelah mata, tangkapan kurang menyeluruh, tuduhan juga kurang kukuh. Inilah yang menyebabkan mereka semakin berani untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan dengam berselindung dibelakang sebuah parti politik.

Untuk maklumat seteruska  sila ke jalinan dan jaringan di bawah





http://www.sebastianphiu.com/2014/04/gempar-selangor-masukkan-silibus-syiah.html