Selasa, 8 April 2014

Taiping dah hujan hari-hari, nak benih apa lagi?

Hujan setiap hari


IPOH 8 April - Kerja-kerja pembenihan awan dijangka dilakukan di kawasan utara meliputi daerah Taiping dan Kerian pada minggu ini berikutan Empangan Air Kuning yang membekalkan air ke Loji Taiping Headworks tidak mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, catuan air di beberapa kawasan di Taiping dan Kamunting yang bermula Khamis lalu juga akan diteruskan seperti dijadual sehingga 16 April ini.

"Saya difahamkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa mereka akan membuat pembenihan awan pada minggu ini. Paras air di Empangan Bukit Merah juga kritikal.

"Paras air biasa di Loji Taiping Headworks misalnya telah menurun dari paras biasa iaitu 35 kepada 30 juta liter air semalam berbanding 26 juta liter air pada minggu lalu," katanya dalam sidang akhbar sempena sesi taklimat penguatkuasaan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Visit website