Isnin, 26 Mei 2014

Anggota polis maut dirempuh kereta penjenayah




Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh kenderaan yang dinaiki oleh sekumpulan penjenayah di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, Kerian di sini kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

Mangsa, Mohd. Azuan Abdullah, 25, yang berasal dari Kulai, Johor maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Wish berwarna silver dengan nombor pendaftaran WRV 5308.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dirempuh oleh sebuah daripada dua kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah terbabit selepas merompak sebuah van yang membawa muatan rokok.