Rabu, 21 Mei 2014

LARANGAN CERMIN GELAP ADALAH PERATURAN LAPUK?

Syarat yang tinted yang dibenarkan
undang-undang lapuk?
exora siap pasang penapis kalis haba
penapis hitam kualiti rendah

Isu cermin gelap hangat diperkatakan berikutan operasi JPJ yang dijalankan untuk membenteras cermin gelap dan nombor pendaftaran yang fancy.

Ramai yang mahukan cermin gelap dibenarkan dengan alasan cuaca yang panas di negara ini. Ini adalah alasan yang tidak tepat. cermin gelap hanya style setengah-setengah pengguna kereta yang baru membeli kereta atau baru dapat kereta pemberian ayah bonda.

Untuk menapis haba bukannya bergantung kepada kegelapan.
Kalau diikutkan setiap benda yang gelap dan hitam akan menyerap haba. Jadi mana logiknya dengan menggelapkan cermin kereta akan menyebabkan ruang dalam kereta menjadi sejuk?

Jadi pengguna cermin gelap rata-rata adalah pengguna kereta murah atau kereta biasa, sedangkan kereta seperti Proton Exora versi mahal siap dipasang penapis haba yang mengikut piawaian JPJ. Kebanyakan kereta mewah yang mahal biasanya cerminnya cerah dan mempunyai penapis haba yang mahal seperti Vkool yang ternyata dapat menapis haba dengan baik. Seorang rakan yang memiliki kereta mewah berkata,
 
" Buat apa bagi gelap cermin kereta, menyusahkan pemanduan waktu malam dan kalau gelap orang tak nampak kita bawa kereta mahal"

Jadi kesimpulannya teori yang menyatakan cermin gelap akan mengurangkan haba adalah tidak tepat.