Ahad, 4 Mei 2014

Mat Nor Manuty bakal hilang jawatan di Larut



Kehangatan pemilihan parti di peringkat cabang dan batang semakin terasa.

Di Larut, kerusi nombor satu yang dipegang oleh Dr Mat Nor Manuty bakal dicabar oleh Saudara Nor Hisham Abdul Manas seorang pengusaha batik dan peniaga telefon bimbit di Batu Kurau.

Peluang untuk menewaskan Dr Manuty adalah tinggi memandangkan sepanjang 4 tahun memimpin parti itu Dr Mat Nor jarang balik ke kawasan, apatah lagi untuk mengambil tahu susah senang ahli parti dan penduduk Larut.

Oleh kerana itu lah, desakan akar umbi untuk menggantikan pemimpin yang tidak cekap dan prihatin kepada rakyat perlu dibuat untuk mengekalkan kelangsungan politik parti Pkr di Larut.

PRU 12 dan 13 Pas meletakkan calon mereka dengan memakai lambang Pkr. Apakah di Larut sudah ketandusan ahli Pkr?

Ini persoalan yang ditimbulkan oleh ahli Larut. Pkr seolah olah hanya nampak Mat Nor Manuty sahaja dan tiada orang lain.

Oleh kerana desakan akar umbi Nor Hisham atau lebih dikenali sebagai Dek Wang sedia menerima cabaran untuk menentang penyandang yang nyata tidak buat kerja.

Harapan akar umbi juga ialah Dek Wang tidak menarik diri atau menerima tawaran agar tidak ada perlawanan.  Begitu juga kerusi nombor dua Larut juga ada pertandingan dan termasuk dalam team Dek Wang.

Dek Wang merupakan bekas kaki tangan  kerajaan yang kini menjadi seorang usahawan tempatan yang terkenal.