Rabu, 21 Mei 2014

#PRKTelukIntan : Calon Dap dihalau oleh pengundi

👍
Calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Yusof Mohd Daud dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dihalau keluar oleh penduduk Kg Padang Tembak Teluk Intan ketika sedang berkempen.

Dyana dan Kit Siang sebelum itu melawat tapak pasar malam di kampung tersebut dan sedang beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar malam tersebut.

Dua pemuda BN kemudian menghampiri dan mengarahkan rombongan DAP tersebut keluar sambil menjerit 'Nyah dari kampung ini, ini kampung melayu'.

Salah seorang penyokong PR yang turut mengikuti kempen lawatan tersebut bersemuka dengan kedua-dua Pemuda BN tersebut dan berkata bahawa beliau juga merupakan penduduk di kawasan tersebut.

Tindakan penyokong Dyana menyentuh dua Pemuda BN tersebut mengundang padah dan berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Keadaan semakin kecoh apabila semakin ramai pemuda BN mula mengerumuni Dyana dan Kit Siang.

Atas faktor keselamatan, Pihak PDRM dihubungi bagi menenangkan keadaan dan Dyana serta Kit Siang terpaksa menamatkan program lawatan tersebut lebih awal. - Rakyat News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan