Rabu, 28 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Kerana mu Dap, aku tolak agenda Melayu.


Isu ibu dan anak calon DAP di Teluk Intan sungguh melucukan. Apabila anak telah berbohong kepada khalayak, ibu mendiamkan diri seolah-olah apa yang dicakapkan oleh anak adalah betul belaka.

Akan tetapi apabila pembohongan anak berjaya di bongkarkan oleh media, ibu ambil keputusan untuk keluar dari pertubuhan.

Nak keluar tak ada masalah,  masa awal penubuhan pun bukan ada orang jemput atau hantar sirih pinang. Mak dan anak sendiri yang terhegeh-hegeh yang nak menonjolkan diri dalam Perkasa.  Jelas menunjukkan bahawa ibu dan anak adalah golongan orang yang suka mencari glamour dan ini menonjolkan muka pada khalayak.

Soal Perkasa dah selesai,  bila lagi nak keluar Umno? Tak sabar nak tengok Yammy isu borang keahlian Dap.