Rabu, 7 Mei 2014

Ribut di Kamunting telah mengorbankan seorang kanak-kanak

Hujan lebat dengan angin kencang yang melanda Kamunting Perak petang tadi telah menyebabkan banyak pokok tumbang. Banyak bumbung gerai yang dibina di sepanjang jalan telah runtuh dan diterbangkan bumbung ke tempat lain.

Beberapa tamam perumahan dan kampung terlibat dengan ribut kencang yang berlaku dalam sejam lebih.

Seorang kanak-kanak  Ligeswaran a/l sakhti 4 tahun dari sebuah kampung setinggan bersebelahan rumah awam batu 4, maut setelah rumah papan mereka dihempap sebatang pokok besar.

Kesesakan juga berlaku di sepanjang jalan stesen kamunting kerana beberap batang pokok tumbang dan menghalang laluan utama masuk ke bandar.

YB Dato Muhammad Zahir yang ketika itu berada di Ipoh untuk mesyuarat mingguan exco bergegas pulang setelah menerima laporan tentang kejadian ribut petang tadi.

Berikut adalah gambar rumah yang ranap ditimpa pokok petang tadi.