15/05/2014 -- Wanita UMNO Buat Persiapan Awal Hadapi PRK Teluk Intan:- DS Shahrizat Jalil
Pergerakan Wanita UMNO akan membuat persiapan awal dalam menempuh pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan menjelang akhir Mei ini.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, setakat ini jentera sayap parti itu di Teluk Intan telah menunjukkan persediaan yang amat baik bagi membantu calon prk tersebut.
Katanya, Wanita UMNO akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mendekati dan meraih pengundi di kawasan tersebut.
"Saya nak maklumkan bahawa program kita pada hari ini adalah untuk berjumpa dengan jentera kita pada pilihanraya kecil Teluk Intan.
"Seperti biasa, kami wanita, kita membuat persiapan awal apabila dimaklumka akan ada prk dimana jua sama ada parlimen atau di dun-dun diseluruh malaysia.
"Daripada maklum balas yang kita terima daripada jentera di Teluk Intan ini telah siap sedia, mereka telah siapbsedia dan telah menunjukkan satu semangat perpaduan dikalangan semua pemimpin politik di Perak," katanya pada sidang media di Teluk Intan
Jelas beliau lagi, Wanita UMNO akan datang ke Teluk Intan bagi membantu jentera yang ada dikawasan itu.
Bagaimanapun katanya, jentera Wanita UMNO Teluk Intan adalah jentera utama kerana mereka lebih mengenali semua pengundi yang ada di Parlimen berkenaan.
"Jadi saya dan team dari HQ dan juga wanita-wanita lain dari seluruh Perak akan datang dan membantu.
"Setakat ini, saya nampak persiapan memang amat baik, kerana kita hendak PRK ini dengan harapan bahawa pengundi akan memberi peluang kepada BN.
"Saya faham bahawa untuk pilihanraya umum baru-baru ini mungkin mereka nak buat perubahan tetapi perubahan tidak berlaku kerana BN masih mendapat mandat daripada rakyat Malaysia.
Shahrizat menambah, sepanjang tempoh berkempen bagi PRK Teluk Intan, tugas Wanita UMNO adalah untuk turun dari rumah ke rumah.
Jelas beliau lagi, jentera sayap parti berkenaan berperanan untuk menerangkan kepada pengundi akan manfaat yang bakal diterima sekiranya menyokong BN.
"Kita akan pergi rumah ke rumah dan akan cerita kepada pengundi, mengapa mereka patut memberi sokongan kepada BN kali ini.
"Kami wanita, kita bukan hanya bekerja untuk meraih undi wanita semata-mata sebaliknya kita bekerja untuk semua," katanya lagi.