Sabtu, 14 Jun 2014

Hina Sultan, Hina Bangsa Melayu dan Hina Islam wajar di hukum

Pengguna Twitter@YouTiup bernama Stevie Chan tampil memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan   Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung komen-komen menghina terhadap Institusi Beraja khususnya berhubung kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

Individu berkenaan telah hadir ke pejabat MCMC di Cyberjaya untuk memberi keterangan, dan ditemani oleh peguamnya. Sesi memberi keterangan kepada pegawai MCMC berlangsung selama tiga jam.

Sesi memberi keterangan itu menyusul sehari selepas pihak MCMC menjalankan penyiasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terhadap individu berkenaan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi miliknya turut disita untuk membantu siasatan.

MCMC menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang menghina Institusi Beraja di media sosial untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan  mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

MCMC mengawalselia dan menggalakkan  pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian,  perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan  dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.  

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my

 

 SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

 

 UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

 Tel: +603 8688 8000  

 Faks: +603 8688 1007      

 Emel: ccd@cmc.gov.my

- Bernama

Visit website