Khamis, 17 Julai 2014

BANTAHAN PEMBINAAN KELAB LUMBA KUDA DI BUKIT LATAR




 Apa sibuk sibuk nak bantah pusat judi kuda terbesar di Asia. Biar lah mereka nak buat apa pun. Pas Selangor pun tak bising dan tak bantah.

Apa yang perlu dicegah dan dibongkar ialah pusat judi kuda di berpusat atau berselindung atas nama pusat rekreasi keluarga atau cyber cafee.  Cegah  pusat judi haram lagi baik bro.

Pusat judi haram yang berlindung atas nama cyber caffee kini tumbuh bagai cendawan. Cuba lah lihat  rumah-rumah kedai di sekitar taman-taman perumahan. Kebanyakan yang menjadi mangsa ialah anak-anak melayu yang masih belajar di sekolah dan IPTA , IPTS.

Sudah ada kaki judi yang habiskan harta arwah mak ayah, sampai ada yang letak kunci kereta dan bila kalah, balik jalan kaki 25 km. Mereka ini lah juga sebahagian daripada kategori orang gelangdangan yang tidur di bawah jambatan dan stesen bas kerana malu nak balik ke rumah.

Di daerah Taiping saja pun dah lebih 50 buah pusat judi haram tumbuh. Ini belum kira pusat judi haram 4 ekor.

Zaman Tun Mahathir dulu dia tak larang orang lain nak buat disko ka, buat lumba kuda ka, apa kah kerana yang penting ialah jati diri bangsa melayu dan penerapan nilai Islam di pegang sebagai asas kehidupan.