Rabu, 16 Julai 2014

Tazkirah Terawih Masjid Kpg Expo Kamunting 15 Julai 2014



Selepas selesai Pru 13 tahun lepas, masjid ini boleh dikatakan sepi dari sudut aktiviti politik.

Cuma beberapa minggu lalu ada lah seorang Mangkuk yang nak lepas geram, selepas selesai solat Jumaat dia seorang sahaja yang bertempik 'Takbir' tetapi sayang nya hanya dia seorang saja memekik tanpa ada sokongan daripada jemaah lain.

Khutbah Jumaat pun dah okay, tak ada lagi skrip sendiri. Cuma yang lagha sikit ialah masih lagi wujud risalah yang bercetak ayat al Quran dan diletakkan di atas lantai berhadapan pintu-pintu masuk masjid. Risalah tersebut jelas menunjukkan datang dari calon Pas untuk kerusi Parlimen Lenggong.

Selain itu ialah masih berlaku tolak dan sorong peti kutip duit yang mengganggu jemaah.  Apabila masuk khutbah kedua tok siak sibuk mengutip tong tersebut.

Masjid juga kini lagha dengan skrin yang menayangkan teks khutbah tetapi tidak memberikan impak yang besar kepada jemaah terutama pelajar sekolah yang bising di belakang.

Malam tadi seperti biasa selepas 4 rakaat tarawih akan di diadakan tazkirah. Cuma bezanya malam tadi, ustaz yang memberikan tazkirah tahu akan blogger taipingmali. Sebelum memulakan tazkirah beliau bertanyakan kepada jemaah,  ada atau tidak blogger tersebut dalam masjid? Kalau dia ada pasti dia akan tulus dalam blognya keesokan hari.

Seterusnya beliau menyentuh isu serangan Israel ke atas Gaza. Katanya kalau kita orang islam di Malaysia atau ahli parti Pas buat demonstrasi menunjukkan kemarahan kita terhadap kezaliman Israel, sudah tentu kita akan di tangkap dan di belasah oleh polis Yahudi. Polis Yahudi yang di maksudkan tak lain dan tak bukan ialah PDRM kita.

Wah! Hebat juga ustaz seorang ini!

Harap lepas ini PDRM dapat menyiasat siapa kah ustaz ini dan apakah latar belakang dirinya. Adakah seorang Syiah. Adakah seorang mujahideen pro ISIS atau apa?


4 ulasan:

  1. sudah sudah lah cikgu...halalkanlah rezeki yg dinikmati tu..

    BalasPadam
  2. Tukang bagi tazkirah kat tempat saya (sekitar Ulu Kinta) buat saje lawak kata tak nak tazkirah panjang-panjang sebab nak balik cepat nak tengok bola world cup. Tapi dia lupa world cup salah satu penajanya ialah Syarikat arak..... Budweiser. Meraikan world CUp lebih kurang meraikan Budweiser juga lah ye tak? Jadi kalau menurut standard Islam yang tinggi kesimpulannya pada saya tukang tazkirah pun tak leh pakai dan tercemar ilmunya sedikit - termasuklah berjuta-juta rakyat Malaysia yang lain tak kiralah Oztaz ke, Menteri belia dan Sukan ke, adik-beradik kita ke, Imam Masjid yela sapa-sapa sahaja la yang tengok World cup...... termasuklah saya sebab saya ada tertengok sekali dua.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang jangan guna komputer internet dan berbagai2 lagi keluaran yahudi baru aku dokong statement hang.

      Padam
  3. Allahuakbar tu kalimah yg suci apa masalah menyebutnya

    BalasPadam