Sabtu, 12 Julai 2014

Konflik Israel Palestine

14 Ramadhan 1435H
Sabtu 12.30a.m.

Apabila Barrack Obama menyatakan bahawa beliau tidak mahu konflik antara Hamas - Israel berpanjangan sebenarnya beliau cuba merasionalkan kemarahan umat Islam tentang serangan Israel ke atas Gaza.

Konflik sebenarnya bukan antara Hamas-Israel tetapi antara Palestin-Israel. Kenyataan beliau secara diplomatiknya berusaha membela keganasan Israel ke atas pembunuhan orang awam dan kanak-kanak Palestin dengan mengkambinghitamkan Hamas sebagai punca kejadian. Ia sebenarnya suatu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=904479399569461&id=100000222294669&ref=bookmark

Demikian jua apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau menyokong penuh sebarang usaha untuk melindungi kedaulatan & keselamatan Israel, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil masa sebulan untuk mengulas kenyataan tersebut. Itu pun setelah Anwar mendatangi beliau dan memesongkan pemikiran Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah pun menandatangani Annapolis Summit 2007 bersama 80 pro zionis tegar bagi mengiktiraf penubuhan sebuah negara Israel. Dan usah terpedaya jika Anwar Ibrahim mengutuk serangan terbaru Israel terhadap Gaza. Ia sebenarnya satu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman jua.

 #‎pray4Palestine