Isnin, 18 Ogos 2014

Bunga Reflesia Ditemui Di Hutan Batu Kurau

Batu Kurau sebelum ini terkenal dengan buah durian traditional yang mempunyai bau yang kuat. Kali ini kejutan dan penemuan terbaru ialau bunga Reflesia yang biasanya ditemui di hutan simpan Sabah.

Mengikut cerita pencari hasil hutan, pokok bunga gergasi atau dikenali dengan nama bunga pakma boleh ditemui di hutan sempineh yang jauh daripada kediaman manusia.

Kelmarin En Abd Manan dan rakannya pemilik teratak resort afrina dari Kampung Perak telah membuat satu aktiviti trekking pencarian Reflesia dan ianya berjaya menemuinya untuk dibuktikan kepada dunia bahawa di hutan tersebut mempunyai spesis yang jarang ditemui di dunia.

Sempineh juga terkenal dengan gunung batu kapur yang mempunyai gua kelawar, gua sanding dan batu ikan kurau. Pada 30 Ogos ini akan diadakan satu pertandingan MTB peringkat antara bangsa di situ.