Isnin, 18 Ogos 2014

LIM GUAN ENG ADA POLIS SENDIRI.

Lantang kritik kerajaan negeri, aktivis sosial dakwa diserang PPS
Utusan Online - Dalam Negeri / 1 hours ago

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG 18 Ogos - Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.

Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.

"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.

"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Visit website