Khamis, 28 Ogos 2014

Penipuan Syarikat iTune.


April 24th, 2011 |




Saya Zainal ingin membuat aduan tentang penipuan yang dibuat oleh Syarikat iTUNE Management (M) Sdn Bhd. terhadap orang ramai.

Pada 20/11/2010 saya telah membeli ITUNE PACKAGE VIP dengan harga $689.00 (Malaysia Ringgit) dan dijanjikan dengan pekej penginapan di Primula Beach Resort dari 18/12/2010 hingga 21/12/2010 di Kuala Terenganu tapi malangnya pihak iTUNE tidak menepatinya.

Saya rasa saya ditipu dan saya telah membuat Repot Polis di Balai Polis Malim Melaka pada 28/12/2010 dan dirujuk kepada pegawai penyiasat dibagian Penyiasat siasatan Jenayah Komersal IPD Melaka Tengah dan dirujuk pula kepadaTribunal Tuntutan Pengguna Melaka.



Pada 18/1 2011 saya ke Tribunal Tuntutan Pengguna membuat laporan dan pegawai berkenaan menyuruh saya menghantar surat perbicaraan kepada Syarikat iTune seperti alamat yang tercatat pada iTUNE kad menggunakan AR akuan terima. Tapi malang sekali surat berkenaan tidak sampai kepada Syarikat kerana Pihak Pos mengatakan Pejabat Syarikat telah berpindah.

Pada 31/01/2011 saya pergi ke Surahanjaya Syarikat Malaysia Melaka dan mendapatkan maklumat Syarikat berkenaan dan alamat terkini dan sekali lagi saya telah menhantar surat Panggilan Perbicaraan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di alamat yang saya dapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Surat panggilan Perbicaraan tersebut diterima pada 10/02/2011 oleh Syarikat berkenaan dan menalipon pihak Tribunal menangguhkan perbicaraan ia itu dari 10/02/2011 kepada tarikh 17/02/2011. Pada hari perbicaraan tersebut pihak iTUNE tidak hadhir tampa alasan dan pihak Makamah melalui Tuan Hakim Pretam Singh A/L Darshan Singh dan telah menjatuh hokum dengan pihak iTUNE mesti membayar balik kerugian saya sebanyak RM689.00 bertarikh 17/02/2011.

Saya amat gembira dengan keputusan Makamah Tribunal Tuntutan Pengguna. Saya terus menunggu tetapi kerugian saya masih tidak dikembalikan oleh Syarikat iTUNE. Pada 17/03/2011 saya melihat Syarikat berkenaan masih meneruskan perniagaan menipu orang ramai. Ramai lagi orang tertipu seperti saya. Oleh kerana pihatin saya telah ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Penggunaan Melaka untuk membuat aduan tetapi pihak penerima aduan mengatakan mereka tida kuasa untuk memberhentikan kegiatan Syarikat berkenaan.

Oleh kerana saya tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan saya ke Pejabat SPRM bertujuan untuk mengetahui siapa perlu saya membuat aduan,ternyata saya diperlakukan seperti bola yang ditendang kesana dank e sini tampa kesudahan. Pada 23/4/2011 saya ke Pasaraya Tesco Melaka sekali lagi dan saya masih lagi melihat aktibiti Syarikat berkenaan Menipu orang ramai tampa rasa bersalah.

Saya tidak tahan melihat orang ramai tertipu, saya mengambil tindakan berjumpa dengan Pihak Pengurusan Tesco Melaka dan memaklumkan kepadanya supaya syarikat ini tidak menjalan perniagaan penipuan terhadap orang ramai dan menunjukan bukti sebagaimana diri saya terkena. Selepas itu saya sekali lagi ke Balai Polis Malim Melaka untuk membuat laporan tapi malangnya pihak polis mengatakan polis tidak ada kuasa melainkan pihak Perdagangan dalam Negeri yang bertindak.

Dari apa yang saya terima patutlah orang ramai kurang percaya kepada kerajaan yang mengatakan Rayak Dihadulukan Pencapaian di Utamakan. Terang terang kemungkaran dan penipuan berlaku tiada siapapun pegawai kerajaan berkenaan tampil mengambil tindakan. Maka senang –senanglah musang berbulu ayam menipu orang ramai dan kalau nak diambil tindakan pun dicari masa yang Glamour supaya ada menteri ataupuan pihak TV.

Saya sangat sangat berharap pihak Aduan Rakyat menyiasat supaya orang ramai dari terus menjadi mangsa.

By: Zainal