Ahad, 3 Ogos 2014

PENSYARAH UNIMAS CUBA TIMBULKAN SEMANGAT ANTI-SEMENANJUNG DI KALANGAN RAKYAT SARAWAK




Hanya bermodalkan 100 orang respondan atas talian (online), seorang pensyarah UNIMAS di Fakulti Sains Sosial, Prof Dr Andrew Aeria boleh membuat kesimpulan bahawa 72 peratus rakyat Sarawak bersetuju untuk Sarawak keluar Malaysia.

Hebat sungguh Andrew Aeria ini kerana hanya dengan sampel 100 orang responden atas talian sudah boleh menggambarkan majoriti rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia.

Bagaimana, seorang pensyarah yang bertaraf Profesor boleh menggunapakai sampeling 100 orang bagi mewakili lebih 2 juta rakyat Sarawak dalam mengandaikan keputusan mahu keluar Malaysia?


Di manakah letaknya taraf akademik Profesor itu yang seolah-olah cuba untuk memberikan gambaran buruk terhadap golongan setarafnya di universiti?

Biarpun mengetahui terdapat pensyarah di universiti tempatan di Malaysia yang cenderung menyokong pembangkang, tetapi dengan kajian yang berat sebelah dan tidak memenuhi piawaian akademik maka ia tidak boleh mewakili suara rakyat Sarawak.

Seperti biasa, kajian Andrew Aeria ini telah mendapat perhatian portal pembangkang The Malaysia Insider yang telah disiarkan pada 1 Ogos dengan tajuk 'Straw Poll Gives Peek Into Restive Feeling In Sabah dan Sarawak'.


Melihat kepada latar belakang Andrew Aeria ini yang cenderung kepada pembangkang dengan menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi PKR dan Pakatan Rakyat.

1. Penasihat Institut Rakyat yang diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

2. Salah seorang pemimpin dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aliran yang menyokong hak kemanusiaan dan sejagat (memperjuangkan hak pesalah ISA)

3. Pemimpin NGO Aliran merupakan sebahagian daripada pemimpin NGO Negaraku yang dipimpin Datuk S. Ambiga yang pernah mengetuai Perhimpunan Haram BERSIH.


Maka, dengan itu tidak hairanlah sekiranya pensyarah UNIMAS itu membuat analisis dengan mempersoalkan kenapa rakyat Sarawak masih mahu menyokong BN Sarawak sedangkan BN itu merupakan sebahagian daripada BN Pusat dengan merujuk kepada keputusan rakyat Sarawak yang mahu keluar dari Malaysia.

6 ulasan:

  1. Inilah sebabnya kenapa ranking unimas antara yg terkebawah dikalangan universiti awam.malaysia. sampling 100 org sudah cukup utk mewakili lebih 2 juta rakyat sarawak? bagaimana level tesis student di bawah penyeliaan profesor 'hebat' ini? Malang la unimas ada staff malas mcm ni....

    BalasPadam
  2. Dia ni satu spesis dgn Redzuan Othman,penjilat lubang jubur tapi berselindung disebalik ALIRAN,Ambiga dgn Samag janggut berselindung disebalik BERSHIT la ni NEGARAKU lah pulak.Begitu juga dgn BGO lain .hakikat nya semua pun penyokong dan pengangkat IDOLA mereka pendewa lubang jubor

    BalasPadam
  3. Salam , saya boleh terima ulasan berhubung methodologi yang diguna pakai oleh Prof. bagi menghasilkan kesimpulan kajian beliau tetapi hujah En. Husin tentang kedudukan UNIMAS antara universiti yang terkebawah mohon semak semula penyataan tersebut dan apa sumber rujukan tentang kesimpulan kedudukan UNIMAS. Saya Graduan Kejuruteraan Awam, UNIMAS daripada Ipoh, Perak. :)

    BalasPadam
  4. apa lagi orang sarawak mahu ...??? tak suka duduk dalam malaysia, KELUARLAH ...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (dari menteri mulut longkang) .....kah..kah..kah...!!!

    BalasPadam
  5. mr adamhussary, maaf jika tersinggung dengan ulasan saya (bukan hujah) berkait ranking unimas di kalangan universiti awam malaysia. berdasarkan ranking terkini (2014) unimas berada di tempat kelapan selepas um, ukm, usm, utm, upm, uiam dan utp (petronas). di kalangan universiti di asia, unimas berada dalam ranking 201-250. harap mr adamhussary faham apa yang saya maksudkan kerana penentuan ranking universiti adalah termasuk komitmen pengajaran, kesan dan nilai penyelidikan, siswazah dan pandangan antarabangsa. dan satu lagi, mr adamhussary tak perlu gusar pada ranking unimas secara perbandingan kerana bidang sivil engineering kepunyaan anda telah ada pensijilan LAN. harap maklum.

    BalasPadam
  6. sarawak mau keluar dari mlaya, kamik mau madah sama kitak, yang mau keluar dari malaya tu sidak kristian, nya yang lain sik mau,

    BalasPadam