Selasa, 5 Ogos 2014

Krisis politik Pkr akan berakhir tak berapa hari lagi

Kemelut politik dalaman kerajaan pakatan haram Selangor semakin parah kerana Khalid Ibrahim enggan tunduk kepada desakan Anwar untuk melantik isterinya sebagai menteri besar yang baru.

Terkini, pihak atasan pimpinan Pkr mengheret ketua-ketua kampung seluruh daerah agar menyokong dan menghalalkan tindakan Anwar.

Walaupun Khalid kini dipecat daripada Pkr, namun Khalid masih enggan berundur. Saifuddin Nasation pula kelmarin dengan keras mengugut akan mendedahkan salah laku Khalid, namun dicabar oleh Khalid agar membuat repot kepada SPRM dan Bank Negara dan bersedia untuk disiasat.

Krisis Pkr menunjukkan dan mendedahkan bahawa Pkr bukanlah sebuah parti politik yang berwibawa yang mampu menjaga kepentingan rakyat. Rakyat tidak di utamakan dan di dahulukan,  sebaliknya mengutamakan kepentingan politik suku, keluarga dan peribadi.

Dap pula mengambil peluang dengan mendesak Khalid meletakkan jawatan dan menyerang Pas apabila Hadi Awang cuba mempertahankan Khalid. Malah ada yang mengugut akan mendedahkan salah laku pucuk pimpinan Pas kepada khalayak.

Pas pernah berkata,  mereka akan bincang akan kedudukan mereka dalam pakatan selepas 8 Ogos dan ini akan dibuat selepas kes liwat Anwar disebut di mahkamah Persekutuan.

Walaupun surat keluar pakatan telah tersebar, namun Setiausaha nya Mustafa Ali telah menafikan nya. Biasalah,  dulu pun skandal dengan baby pun dinafikan juga.

Bekas mufti Perlis PhD MAZA pula menyokong perlantikan Azizah sebagai menteri yang baru.  Mungkin sokongan MAZA juga ada benda yang tersembunyi. Apakah beliau akan ditawarkan jawatan mufti baru sekiranya Azizah naik?

Khalid adalah orang koperat. Pernah terlibat dalam urusan mengambil alih Guthrie menjadi milik negara dalam satu serangan di London.

Khalid mendapat tunjuk ajar pemimpin negara yang hebat ketika itu dan ianya bukan Anwar. Sudah tentulah Khalid menerapkan sistem pengurusan koperat dalam pentadbiran nya dan ia sudah tentu Anwar dan Dap kluk klek sukar untuk menjadikan perbendaharaan negeri Selangor sebagai harta mak bapa nya.

Segala permasaalahan ini berpunca daripada kegagalan Kajang Move. Dahulu matlamat Kajang Move ialah untuk mendekatkan usaha menawan Putrajaya,  setelah congak dan kira-kira mereka gagal,  lalu beralih pula kepada kerusi menteri besar yang kononnya termasuk dalam Kajang move.

Pas pula terdedah kepada tempias krisis Pkr. Sudah nampak siapa ular dalam kepimpinan Pas, yang menentang Hadi Awang pun dah terjawab dan mereka adalah sekutu atau kuda trojan Pkr dalam Pas yang akan memastikan Pas sentiasa berada di bawah telunjuk Pkr.

Apa pun krisis yang berlaku di Selangor akan berakhir tak lama lagi. Tunggu sahaja siapa yang kena!

Siapa masuk dalam, siapa terperangkap,  siapa terpelanting semuanya akan terjawab.