Ahad, 17 Ogos 2014

Tahniah Pas Pusat dan Pas Selangor




Pas tidak bercadang untuk menjadi menteri besar, pas juga tidak lagi menyokong Khalid Ibrahim, Pas sebulat suara menyokong Wan Azizah atau Azmin Ali untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid.

Sebelum ini Pas Pusat bersetuju untuk mengekalkan Khalid dan berharap sokongan padu oleh 15 adun Pas.

Desas desus Pas akan buat U-turn dan menyokong tindakan Anwar hari ini menjadi kenyataan. Semalam dua adun Pas Selangor yang membuat pendirian menentang Pas pusat dengan menyokong Azizah mengugut akan membongkarkan rahsia sulit dan penyelewangan pemimpin Pas sekiranya tindakan diambil oleh Pas Pusat sekiranya memecat atau mengambil tindakan terhadap mereka berdua.

Kepada ahlul Pas yang tidak bersetuju dengan tindakan Pas pusat menyokong Azizah hendaklah berlapang dada kerana Pas akan terus membelakangkan kepentingan dan keutamaan perjuangan Islam.

Pas akan kekal menjadi tulang belakang Pkr dan Dap yang bersifat sekular dan sosialis. Nampaknya laungan Islam hanyalah tidak ubah seperti lagu raya. Lagu raya seperti lagu yang dinyanyikan oleh Fazidah Joned akan terus menjadi popular untuk seribu tahun lagi namun ianya hanya untuk hari raya sahaja.

4 ulasan:

  1. Keputusan ini hanya menyokong usul PKR tiada perbezaan. Tski kena tipu dgn pas

    BalasPadam
  2. Bersabarlah wahai TSKI, berdoalah kepada Allah S.W.T, jangan berharap pada manusia. Jalan akhir, mohonlah mengadap, mohon pada Sultan untuk bubarkan DUN. Biar kami rakyat Selangor pula memilih parti mana untuk memerintah Selangor.

    BalasPadam
  3. Dah dijangka mesti pusing .......

    BalasPadam
  4. Ingat dan amaran! Ingat lagi masa prk teluk intan bila majlis syura 'arah' boikot dan akhirnya dap terlingkup. Kuasa ahli pas lebih berkuasa dari kuasa erdogan dan ahli masjlis lajnah pkr dalam pas!

    BalasPadam