Sabtu, 30 Ogos 2014

TINDAKAN KETUA MENTERI SARAWAK ADNAN SATIM MEMALUKAN...............

Tindakan dan kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Hj. Adnan Satim amat memalukan !

Pedih yang teramat sangat dengan kenyataan tersebut, gundah gulana dan malu seperti ayam tertelan kabad.

Kita sedia maklum dan tahu agenda 3 parti pembangkang ini sedang giat menghasut rakyat Sarawak dan Sabah supaya menentang penyatuan dua negeri Borneo ini dalam Malaysia. Mereka mahu mewakili rakyat untuk menuntut kemerdekaan daripada Malaysia.

Kata mereka penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tanggl 16 September 1963 adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang antara bangsa. Doris Jones adalah salah seorang aktivis Sabah yang lantang menentang kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Di Sarawak pula Baru Bian menjadi wira kelompok ini untuk menarik keluar bumi kenyalang dari Malaysia. Baru Bian adalah calon Ketua Menteri Sarawak jika Pkr menang besar dalam pilihan raya negeri pada 2011 lalu.

Di samping itu, mereka mahukan Umno tidak masuk ke Sarawak sebagaimana Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 90an.  Umno diharamkan masuk ke Sarawak kata mereka.

Adnan Satim dengan penuh sinis menyatakan jika mahu parti Umno tidak masuk ke Sarawak, maka parti lain dari semenanjung juga seperti Pkr, Dap dan Pas tidak boleh masuk ke Sarawak. Hairan kenapa Dap, Pkr dan Pas boleh ke Sarawak tetapi tidak Umno?

Sebenarnya jika kita lihat di Sarawak , tidak ada satu pun komponen parti BN yang ditubuhkan di semenanjung mengembang kan sayapnya ke Sarawak.  Kita tahu di Sarawak sendiri sudah banyak komponen BN yang menjadikan komponen BN berjumlah 14 buah parti dan jumpa parti terbanyak adalah datangnya dari dua buah negeri di Borneo.

Kemasukan Umno ke Sabah bukan lah disebabkan oleh keinginan atau Umno terhengeh-hengeh nak ke sana, tetapi ianya berlaku kerana parti PBS ketika itu telah menikam belakang BN dan akibatnya Umno diminta masuk segera ke sana bagi menentang pengkhianatan PBS ketika itu. Di Sarawak pula tidak ada sebab untuk Umno dan komponen BN ke sana.

Agenda sebenar Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja untuk keluar dari Malaysia tetapi untuk menubuhkan sebuah negara baru berunsurkan Tripple S country.

Tahniah kepada Adnan Satim, berani menempelak Pas, Pkr dan Dap...Hidup PBB, Hidup BN , Hidup Adnan Satim.......