Sabtu, 20 September 2014
Proton Compact Car- Pendedahan kedua
Kuala Lumpur International Motor Show 2010 pengunjung pameran kereta di PWTC Kuala Lumpur di perkenalkan kereta konsep bernama 'Emas' tetapi saiznya agak kecil iaitu dalam segment A ia adalah hasil reka bentuk pada tahun 2010.
Pada 2012 ia direka dan diubah suai semula berdasarkan pengkajian terhadap permintaan pasaran domestik. Berasaskan proses generik bermula dengan lakaran komputer keseluruhannya, berhasillah sebuah kereta yang akan memenuhi cita rasa rakyat semua peringkat usia.
Dengan menggunakan reka bentuk berkomputer ia dapat menjimatkan kos 20 hingga 60 peratus dan tanpa menghasilkan prototype.
Penghasilan proton compact car kali ini adalah berasaskan 4 tonggak utama iaitu, proportion, surfacing, posture dan emotion.
Ke empat-empat tonggak atau pillars ini menitik berat kepada banyak faktor.
Pertama ia hendak seimbang kedudukan nya, tiada over hanged, tiada cacat dari sudut pandangan dari segenap sudut luaran dan dalaman, kukuh dan mantap di atas jalan dan sewaktu memecut, memotong, membelok, mendaki bukit dan lereng, jalan licin dan tidak rata serta berhenti tepat bila brek di henyak.
Ia juga mengembalikan kemasan krom yang kini menjadi kemestian pada kereta mewah dan mahal.
Untuk itu pcc banyak menggunakan teknologi dari Bosch Germany selain Lotus.
PCC lebih memberi keutamaan kepada keselamatan pemandu dan penumpang tetapi ia juga berkonsep aggressive, stylish dan sporty.
Esok cerita tentang EEV, ABS, ESC, TC, BA, HHA, EBD dan lain-lain.