Rabu, 22 Oktober 2014

Pakatan Rakyat Tak Ubah Macam Gusti WWE… Drama Terbaru Di Sarawak




DARI mula penulis tahu penubuhan Pakatan Rakyat ini tak lebih macam perlawanan gusti WWE – tahu tipu, tapi orang tetap seronok menonton, malah segelintir percaya pertarungan itu betul-betul kejadian.

Bukan penulis sahaja, ramai yang percaya begitu (Pakatan penipu) apatah lagi bila dalam PRU13 yang lepas, masing-masing PAS dan PKR bertarung sesama sendiri di 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen – Pakatan apa jadah macam itu.

Tapi jenama itu dan pembohongan disebaliknya, nampak boleh diterima lagi oleh para balaci, cuma penulis nak tahu apa reaksi balaci bila DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS di negeri tersebut, apakah maksudnya dengan itu?

Pakatan di Sabah, Pakatan di Semenanjung, tiba kat Sarawak, DAP lain, PKR lain, PAS lain. Lebih kurang macam penipuan dalam penipuan.

Seterusnya mencetuskan persoalan, tidakkah nanti Pakatan keruh dan rapuh ini akan mencetuskan masalah kalau berjaya merampas Putrajaya, seperti mana mereka mencetuskan masalah di Selangor? Kelantan dan Pulau Pinang asing sebab hakikatnya kerajaan Pakatan tidak wujud disitu kerana kerusi PAS dan DAP saja pun sudah lebih 2/3 majoriti.

Begitupun, penulis tidak mengharapkan jawapan, malah penulis tak terkejut pun kalau balaci menerima bahawa apa yang berlaku di Sarawak itu sebagai kes terasing dan Pakatan masih Pakatan. Sebab, dek terlalu lama minum kencing Anwar, puak-puak ini dah tak boleh beza antara fakta dengan fantasi, kenyataan dengan mimpi.

Lain pulak ceritanya dengan rakyat kebanyakan. Apa yang berlaku di Sarawak itu menunjukkan bahawa DAP, PAS dan PKR sememangnya tak boleh bekerjasama dalam politik apatah lagi sebagai kerajaan. Mereka bukanlah gabungan politik yang mengutamakan rakyat tapi hanya cipta alternatif untuk kalahkan BN, tak lebih dari itu.

Persoalannya, apa selepas itu (kalahkan BN) mereka tak peduli? Itu yang politik tak habis-habis macam di Selangor hari ini, menang sikit (2008) pun macam itu, menang banyak (2013) pun macam itu. Rakyat? Duduk diam sampai hari nak mengundi esok, baru depa ingat rakyat balik.

Haram tak haram punya manusia..

mykmu.net