Selasa, 28 Oktober 2014

ANWAR TERDESAK INSIDEN DI UNIVERSITI MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI

Anwar berharap pertuduhan berhubung kes liwat terhadapnya dilucutkan




Ratusan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan di rantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.


Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar bagi menunggu ketibaan Anwar sebelum bergerak ke Dewan Tunku Canselor.

Sementara itu, kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya sampai dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak ke Dewan Tunku Canselor.

Menyampaikan ucapan atas pacuan empat roda itu di depan dewan itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol mencerita sejarah perjuangan mahasiswa UM untuk rakyat.

Beliau juga berkata sedia berdepan dengan tindakan disiplin daripada pentadbiran universiti selepas ini. "Saya tahu pihak UM marah dengan saya. Saya sedia menerima hukuman termasuk dibuang universiti," katanya.

Kemudian, Anwar pula memulakan ucapannya dengan mempersoal pentadbiran kampus mahu menghalang beliau berucap di kampus itu

"Saya dihina dan dikeji 16 tahun. Apa salah saya datang bercakap di sini?" katanya sambil mengucap terima kasih dan tahniah kepada Fahmi dan pelajar UM.

Dalam ucapannya juga Anwar berharap pertuduhan berhubung kes liwat terhadapnya dilucutkan

"Saya wajib dibebaskan dengan menggunakan undang-undang hak asasi yang ada. Sheikh Al-Qardawi utus kenyataan kepada Anwar supaya lucutkan pertuduhan ke atas saya.

"Saya masih menaruh harapan hakim lucutkan pertuduhan kepada saya," katanya sambil memuji Fahmi Zainol kerana memilih untuk melawan. MP Permatang Pauh itu juga menyifatkan para mahasiswa sebagai "suara kesedaran" kerana berani menentang ketidakadilan.

Menyimpulkan ucapannya, kira-kira jam 10.30 malam, bekas timbalan perdana menteri itu memegang dan mengangkat tangan Fahmi sambil menyifatkannya sebagai harapan negara.

Peserta kemudiannya mulai bersurai dan kebanyakan mereka mengekori pacuan empat roda ke pintu pagar Kuala Lumpur.— with Terompah Besi.