Hari ini Nga Kor Ming Jutawan Dap yang memiliki istana besar di Ipoh sekali lagi menjadi idola Pas Kamunting. Sejak 2009 Nga menaja majlis berkhatan dan tidak pernah gagal hingga ke hari ini. Cumanya ia banyak berpindah-pindah masjid di sekitar Dun Kamunting.
Tujuannya hanya satu, iaitu merampas kerusi yang dimenangi oleh Umno sejak azali. Nga fokus ke kawasan ini sahaja dan mengabaikan kawasan Pokok Assam dan Aulong.
Walaupun kawasan tersebut banyak masjid tetapi bukan keutamaan. Ternyata beliau mempunyai unsur-unsur politik seperti pepatah melayu 'ada udang di sebalik batu'.
Tahniah lah kepada Nga Kor Ming dan Pas yang hanya bergantung talian hayat kepada Dap. Tahniah juga kepada Bomba Taiping yang tidak pernah gagal membantu Pas dan Nga.
org kuat pas kg expo |
DAP anjur upacara khatan beramai-ramai. DAP berhasrat mendekati masyarakat Melayu dan menjaga kepentingan semua lapisan rakyat demi membawa pembaharuan dalam reformasi nasional !
IPOH: DAP buat pertama kali dalam sejarah politik negara akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada orang-orang Islam dan untuk membuktikan perjuangan parti itu adalah untuk semua bangsa dan agama.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan, DAP Taiping akan menganjurkan ucapacara tersebut pada pagi Ahad, 6 Disember ini bertempat di Masjid Expo Kamunting.
Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 kanak-kanak akan menjalani upacara tersebut dengan penuh adat dan berwarna-warni. Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan.
Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping, memberitahu media, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham juga turut akan menganjurkan satu majlis berkhatan beramai-ramai melibatkan 100 orang pelajar di Permatang Kerian, Pantai Remis dibawah program yang sama di Parlimen Beruas.
DAP menghormati Islam dan perjuangan parti ini untuk semua bangsa dan agama, katanya.
Nga juga merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang banyak membantu menjayakan majlis penuh bersejarah tersebut.- DAP