https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1559669704267426&id=1463273717240359&fs=0
Perbicaraan rayuan kes liwat 2 di Istana Kehakiman, Putrajaya sepanjang hari ini memperlihatkan pasukan Peguambela yang diketuai Dato' Gopal Sri Ram mengulangi hujah-hujah dan fakta-fakta kes yang telah dibentangkan sepanjang providing kes di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Pada kedua-dua perbicaraan sebelum ini, nota penghakiman, kenyataan Pendakwaraya dan Peguambela dengan jelas menyatakan bahawa kejadian liwat tersebut benar-benar berlaku.
Apa yang terjadi di Mahkamah Persekutuan pada hari ini memperlihatkan pasukan pembelaan mempertikaian keputusan-keputusan terdahulu selain dari tidak menampilkan alibi bahawa Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian.
Dato' Gopal Sri Ram pada awal pembelaan minggu lepas mengakui bahawa kejadian liwat tersebut merupakan hubungan suka sama suka, seiring dengan penggulungan hujah peguambela mendiang Karpal Singh di Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.
Ini amat mengejutkan para pemerhati apabila pasukan pembelaan pada hari ini menggulung hujah mereka dengan suatu andaian bahawa kejadian liwat tersebut tidak pernah berlaku dengan menimbulkan keraguan pada bahan-bahan bukti.
Perbahasan tentang bahan-bahan bukti sewajarnya sudah selesai di peringkat Mahkamah Tinggi dan/atau Mahkamah Rayuan.
Dalam ertikata lain, pasukan Pendakwaraya dan Peguambela diharapkan dapat mengemukakan hujah samada hukuman 5 tahun penjara adalah keka atau ditambah.