Konsep Persekutuan dalan perlembagaan Malaysia menurut fahaman Pakatan Rakyat bermaksud, kerajaan negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhad, sekitar 50% sahaja, bakinya dimiliki oleh kerajaan persekutuan. Suka atau tidak, inilah yang menjadi amalan di negara ini sejak dulu lagi.
Termasuklah dalam pemahaman ini, tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir serta bencana Alam yang lain adalah terletak sepenuhnya di tangan kerajaan Persekutuan.
Bukan kerajaan negeri.
Wang untuk mangsa, bekalan makanan, perubatan dan sebagainya perlulah diuruskan oleh kerajaan Persekutuan, kalau kerajaan negeri menghulurkan bantuan, itu adalah secara sukarela, tidal diwajibkan ke atas mereka.
Kenyataan ini adalah bagi menjawab dakwaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersungguh-sungguh nak membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas, termasuk Kelantan yang dipimpin Pakatan Rakyat.
Nak diikutkan, kalau PAS di Kelantan nak lepas tangan sepenuhnya dalam hal banjir ini pun boleh, tapi seperti yang kita tahu PAS di Kelantan masih cuba membantu (walaupun tidak banyak) dengan memberikan sokongan moral kepada semua mangsa yang terlibat.
Difahamkan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mampu menyewa lebih banyak helikopter dan kapal terbang untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, tapi disebabkan kekangan dalam undang-undang yang menyebut urusan menyelamatkan mangsa banjir ini adalah kerja kerajaan persekutuan, maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan.