Ahad, 1 Mac 2015

YB Datuk Ahmad Maslan menjawab fitnah pembangkang terhadap Datin Seri Rosmah Mansor

Penjelasan GST

Penduduk setempat yang hadir
melimpah sehingga ke luar dewan

Penduduk Kpg Teratai Tambahan menerima geran tanah


Sidang Media


Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Larut Tin Taiping Perak, Umno Bahagian Bukit Gantang mengadakan satu majlis penerangan GST, Bajet dan Isu Semasa yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan.

Selesai majlis penerangan,  satu sidang media diadakan. Taipingmali telah mengemukakan satu soalan kepada Ahmad Maslan mengenai isu hangat iaitu isu caj rambut Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor menyentuh isu caj rambut dalam ucapan pada satu majlis penerangan GST anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan sendiri di Bangunan Sri Hasmah Petaling Jaya pada 23 Februari lalu.

Tulisan berunsur fitnah boleh dibaca dalam portal Malaysiakini, Malaysian Insider dan lain-lain media sosial pembangkang. 

"Saya ada di majlis itu apabila DS Rosmah menyebut 'nak buat rambut pun mereka cuba caj 1200, mahalnya', bukan bermaksud beliau membuat rambut dengan kos 1200 dan Rosmah minta supaya perkara ini diambil perhatian dalam home services charges yang kurang diberi tumpuan dan perhatian oleh kerajaan" ujar Ahmad Maslan.

"Apakah yang dimaksudkan tentang home services charges

"Ia seperti perkhidmatan pemasang paip, pendawaian elektrik, tukang jahit,  fisioterapi dan lain-lain. Perkara ini nampaknya terlepas pandang dan tidak  kelihatan, jadi harganya tidak dikawal dan mereka meletakkan caj sembarangan dan keterlaluan.

"Apa yang disebut oleh Rosmah adalah perkara baik untuk di bincangkan oleh pihak tertentu dan pengetahuan orang ramai. bahawa ada sekumpulan peniaga yang sengaja meletakkan harga tanpa kawalan". Tambah Ahmad Maslan.

"Isu fitnah terhadap Rosmah menjelaskan bahawa sikap pembangkang yang suka memutar belit fakta, kenyataan yang baik pun diputar menjadi tak baik"

Datuk Ahmad Maslan dalam rangka lawatan penerangan ke 14 negeri dan ini adalah negeri Perak adalah negeri ke 10 dan selepas ini ialah beliau akan ke Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dan selesai sebelum 1 April 2015 dan penjelasan dan penerangan akan diteruskan kerana ianya perlu sentiasa sehingga rakyat faham.

Menurut Ahmad Maslan ada tiga sebab kenapa GST (Goods and Services Tax)  tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang,  

"Sebab pertama ialah  kerana cukai hari ini iaitu SST ( Sales and Services Tax) sekarang lebih tinggi berbanding GST.

"Contohnya  cukai 5 peratus cukai SST kesannya akan menjadi 8 peratus terhadap barangan makanan yang telah diproses,  caj cukai 8 peratus itu ialah  SST tetapi GST cuma 6 peratus sahaja, 

"Barangan yang dikenakan SST seperti pakaian, perabut, barangan elektrik rumah kereta 10 peratus apabila sampai kepada pengguna akan menjadi 15 peratus, akan tetapi selepas GST cukai jadi 6 peratus dan termasuk juga cas perkhidmatan 6 peratus hari ini akan kekal 6 peratus sebagai GST.

"Alasan kedua kerana GST mempunyai input tax credit system, maksudnya pembekal, pengeluar pemborong boleh tuntut balik GST yang dikenakan pada barang-barang yang mereka punyai, 

" Dengan kata lain, GST bukan lah kos kepada mereka SST adalah kos kepada mereka oleh itu mereka pindahkan kos itu kepada pengguna. 

"GST bukan kos itu sebab tidak boleh dipindahkan kepada pengguna jadi dengan sendirinya kos kan jadi lebih rendah daripada kos SST dengan sebab kaedah tuntut balik input tax credit system itu dengan cara online 14 hari dan manual 28 hari. 

"Sebab ke 3 ialah banyak barang yang di kecualikan GST seperti barang makanan asas, makanan binatang, sayur-sayuran, minuman, ubat-ubatan dan oleh kerana sifar GST maka jangan jadikan alasan untuk menaikkan harga barang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan