Selasa, 28 April 2015

#PRKRompin: Pas usung orang yang ada kes pecah amanah ke dalam ceramah politik di Rompin

Dah jadi Ustaz Pas 


Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pembekal makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM30 juta tahun lepas.

Datuk Tan Han Kook, 59, dan Datuk Sarchu Sawal, 64 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dijadapan hakim, Rosbiahanin Arifin.

Sarchu pula sebagai CEO syarikat sama didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat tersebut melalui 27 keping cek berjumlah RM16,963,825.

Kedua-dua kesalahan didakwa berlaku di Tingkat 2, Blok B Anjung Felda, Jalan Maktab, di sini, antara Ogos 2011 hingga Februari 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. (3 Ogos 2013)




HAZAYANI ZAKARIA | 26 April 2015.
ROMPIN: Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) Holding, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka menyelamatkan Felda daripada terus dimusnahkan oleh BN.
Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal Felda untuk membantu golongan bumiputera.
Sebaliknya tegas beliau, Felda ketika ini mengalami kerugian teruk selepas Felda Global Ventures (FGV) di senaraikan dalam Bursa Malaysia.
"Kita harus selamatkan Felda. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV.
"Jadah apa FGV di senaraikan dalam Bursa Malaysia? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tak ada duit. Masa itu Felda ada RM4 bilion. Mana pergi RM4 bilion itu sekarang?
"Semasa saya ambil alih KPF sebahagian besar pendapatan daripada Felda Holding.
"Keuntungan syarikat disalurkan kepada peneroka sebagai penghormatan kepada peneroka yang memberi sumbangan kepada syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan