Selasa, 5 Mei 2015
Kecelakan maut di DUKE siri II
Kelmarin dah tulis, hari ini ada lagi yang hendak dikongsi bersama.
Apabila seorang pegawai kerajaan daripada JPJ membuat kenyataan mengenai KPI mereka untuk mengutip kematian daripada 10 ribu kepada 5 ribu orang setahun, khalayak mentertawakan beliau.
Diketawakan oleh kita sebab dia sebut, " tahun ini kita nak 5 ribu rakyat mati di Jalan raya"
Untuk mengurang kan kemalangan maut, kerajaan cuba menguat kuasakan beberapa perkara.
Antara nya ialah nombor plet, cermin gelap, lampu strobe dan yang lain pula ialah pemasangan kamera AES.
Bagaimana pun ia mendapat kritikan hebat daripada rakyat.
Kita kata, apa kena mengena plet fancy, cermin gelap, rim kangkang dengan kematian di jalan raya.
Ramai yang bantah dan ada yang sanggup merosakkan dan menjatuhkan kamera AES kononnya menyusahkan rakyat.
Lebuh raya bertol kini menjadi trek racing. Tak percaya tengok sendiri di plaza tol Jalan Duta, LDP dan lain-lain rumah toll.
Sebaik saja menjelaskan toll sama ada tunai atau kad, mereka memecut kereta selaju-laju yang mampu, ada yang sampai hampir sliding tayar belakang bagi kereta-kereta RWD yang sporty.
Banyak kemalangan maut berlaku di lebuh raya terutama di Lembah Kelang. Beberapa bulan lagi kita didedahkan sebuah kereta sport buatan Italy berharga lebih sejuta ringgit melanggar tiang jejantas dan pemandu maut. Jika kita ingat kembali memang banyak kemalangan maut yang mengerikan.
Kereta masa kini juga dilengkapi dengan satu sistem 'cut off' yang menghadkan kelajuannya, tetapi kebijaksanaan mereka berjaya mengubah suai sistem ECU kenderaan mereka sehingga mencapai kelajuan yang amat tinggi.
Jika kereta zaman 80an dahulu, untuk meningkat kan kuasa, segala ubah suai dibuat secara manual, kini hanya ke bijak IT sahaja kereta biasa boleh berubah menjadi kereta lumba.
Namun mereka bukan berlumba di track days di litar Sepang tetapi di jalan raya dan lebuh raya yang dikongsi oleh semua orang.
Kini heboh tentang kelab FMC Myvi yang dilabelkan sebagai pembunuh.
Anak mangsa yang ibu bapa meninggal dunia pun sudah pandai minta menteri KDN untuk tangkap pembunuh bapanya.
Senang untuk menyalahkan orang lain, membunuh macam mana tu?
Adakah ahli kumpulan FMC menahan dan menarik keluar pemandu Pajero Sport dan membelasah sampai mati? Adakah pemandu Pajero itu ditembak oleh FMC.
Apa yang berlaku ialah kesalahan tidak memakai tali keledar. Itu lah punca utama kematian.
Tali keledar sangat penting berbanding dengan airbags. Hari ini kerusi pemandu dan penumpang ada lampu yang akan menyala dan berbunyi apabila penumpang dan pemandu tidak buckled up tali keledar, pun begitu ramai juga yang mengubah suai suisnya supaya tanda amaran dimatikan, kononnya sakit telinga.
cukup dan berhenti di sini dahulu.