Isnin, 4 Mei 2015

#PRKPERMATANGPAUH : MELAYU KENA BERSATU DALAM UMNO-BN , BUKAN PAS, BUKAN PKR DAN DAP


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu atau berisiko kehilangan sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan bangsa itu.

"Sekarang kita berpecah dan ia boleh menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika itu berlaku, saya takut ia akan menamatkan perjuangan Umno yang menjaga kepentingan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada pertemuan Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata, jika pembangkang menang, kerajaan akan diterajui oleh DAP, parti yang tidak mempunyai kepentingan terhadap bangsa Melayu di hati mereka.

Bagaimanapun, beliau menambah, rakyat perlu memberi kritikan terhadap kerajaan bagi menghalang daripada berlaku penyelewengan.

"Saya telah berada di sini sejak sekian lama dan melihat banyak perkara, jadi bila saya mengkritik, saya ada alasan sendiri.

"Jika saya perdana menteri yang mencuri dan mengambil rasuah, jangan membuta tuli menyokong saya, nasihatlah saya," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, rakyat perlu memastikan pemimpin negara tidak melakukan sesuatu tindakan yang salah.

"Kita bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang terlepas daripada peperangan dan bencana besar seperti gempa bumi dan gunung berapi.

"Oleh itu, marilah kita bekerjasama untuk mengekalkan apa yang kita ada dan bukannya berpecah," kata Tun.

2 ulasan:

  1. sebuah kerajaan yg menjaga kepentingan siapa? Paria punya parti.......anakda krishnan diorang kasi semua! melayu makan kangkong ja!

    BalasPadam