Isnin, 4 Mei 2015

Kecelakaan di DUKE penuh sensasi dan emosi

















Awal pagi Sabtu 2 Mei 2015 pada jam 1.05 pagi,  satu kejadian kemalangan jalan raya di lebuh raya DUKE telah meragut 3 nyawa sekeluarga.

Kejadian yang melibatkan 2 buah kereta Perodua Myvi dan sebuah Pajero Sport cukup menyentuh hati rakyat kerana melibatkan kematian seorang bayi dan mangsa meninggalkan 2 anak yang menjadi yatim piatu.

Andai kata ia hanya melibatkan satu nyawa sahaja dan tidak melibatkan kematian bayi comel, maka kejadian itu boleh dikategorikan sebagai kemalangan maut biasa.

Namun dengan adanya media sosial khalayak semua menyalahkan ahli kelab Familia Myvi yang dikatakan berlumba di lebuh raya tersebut.

Jika dilihat pada gambar-gambar aktiviti kelab tersebut mereka tidak lah ganas, kelab tersebut lebih kepada merapatkan siratul rahim antara ahli-ahli dengan pelbagai aktiviti yang sihat.


Berikut adalah matlamat penubuhan kelab tersebut yang diambil daripada blog mereka yang suku siap.
Familia Myvi Club Adalah Sebuah Kelab Yang Menghimpunkan Peminat-peminat Kereta Jenis Myvi Tidak Kira Myvi Baru Atau Lama Di Seluruh Malaysia. Kelab Ini Di Tubuhkan Sekitar Pertengahan Tahun 2014. Kami Suka Enjoy, Kami Suka Berkonvoi, Kami Suka Lakukan Aktiviti, Kami Suka Layan Corner Genting Dan Banyak Lagi. Kami Tidak Mengongkong Ahli Kelab, Kami Tidak Berpuak2, Dan Kami Juga Tidak Suka Berhasad Dengki. Kalau Anda Tercari2 Kelab Kereta Myvi Yang Sesuai, Inilah Kelabnya. Salam Kenal Dari Kami Familia Myvi Club. :)

DUKE  merupakan sebuah lebuh raya bertol yang sangat penting bagi menghubungkan lebuh raya utara selatan dengan lebuh raya pantai timur.  Lebuh raya ini tersebut dapat menjimatkan masa berbanding MRR2 yang sentiasa sesak.

Lebuh raya 3 dan 4 lorong ini mula digunakan secara rasmi pada 9 Januari 2009 dan jumlah pengguna dianggarkan 120 ribu kenderaan sehari.



Memandu di lebuh raya  ini cukup menyeronokkan, adakalanya rasa seperti berada dalam trek lumba Monte Carlo, dan kebanyakan kenderaan yang baru-baru yang menggunakan kenderaan ini akan memecut laju melebihi had yang dibenarkan.

Mengikut lakaran kejadian dalam sebuah akhbar menunjukkan dua  buah Myvi telah bergesel dengan Pajero yang menukar laluan dari kiri ke kanan, ia menyebabkan Pajero masuk semula ke sebelah kiri dan dilanggar oleh sebuah lagi Myvi.


Pelanggaran kedua menyebabkan Pajero terbalik dan 3 beranak tercampak keluar.  Persoalannya kenapa ketiga-tiga mangsa yang berada dalam Pajero tercampak keluar?

Jawapan mudah ialah mereka tidak mengenakan tali keledar, seandainya mereka memakai tali keledar nescaya mereka tidak akan tercampak keluar.

Bila melihat CCTV dari rumah tol, jelas menunjukkan Myvi dan Pajero Sport dipandu laju.

Paling pelik ialah bagaimana kereta Myvy yang hanya  panjang 3.7 meter dan berat 950 kg mampu menterbalikkan Pajero Sport 4WD yang panjangnya 4.7 meter dan berat melebihi 2000kg?

Sudah tentu Pajero tersebut juga dipandu laju melebihi had yang dibenarkan

Oleh itu, janganlah menyalahkan satu pihak sahaja