Isnin, 5 Oktober 2015

Gempar, Ustaz Tajuddin Mat Jali akan saman ahli Pas yang menyatakan beliau pengamal Syiah.


Ustaz Tajuddin bin Mat Jali merupakan seorang penceramah agama yang terkenal dari Batu Kurau Perak, namun popularitinya tidak lah sehebat Dato Ustaz Kazem Alias yang jauh lebih muda dari beliau.

Ustaz Tajuddin dahulu pernah bertanding dalam pilihan raya untuk kerusi dewan undangan negeri mewakili Pas satu ketika dahulu.

Beliau pernah dipecat oleh Pas, dan pihak yang memecat beliau telah melabelkan beliau sebagai berfahaman Syiah.

Rupa-rupanya pihak Pas tidak senang dengan beliau kerana beliau telah menegur pengurusan Kohilal yang tidak mengikut peraturan syariah.

Kini Ustaz Tajuddin telah menyertai Parti Amanah Negara pimpinan Muhamad Sabu dan bersama Ustaz Ahmad Awang.

Kembalinya Ustaz Tajuddin ke kancah politik menyebabkan namanya kembali menjadi bahan bualan dalam politik baik dari pihak Pas dan penduduk setempat.

Terkini Ustaz Tajuddin akan menyaman AJK Pas Taiping yang melabelkan atau menuduh beliau pengamal fahaman Syiah.

RUJUK PAUTAN BERIKUT