Hukuman ini dilakukan kerana tindakan biadab Lim Kit Siang menyelar Tuan Di-Pertua Dewan sebagai Diktator serta menyalah guna kuasa dewan.
Ruang permohonan maaf dan menarik balik kata-kata telah diberi oleh Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen Dato' Seri Azalina semalam tetapi Lim Kit Siang dengan angkuh dan bongkak berkata bahawa perbuatannya itu betul dan mengikut lunas peraturan mesyuarat.
Turut menarik perhatian dalam undi belah bagi ini, kesemua ahli Parlimen Pas, turut menurun usul undi memilih ahli veteran DAP ini digantung.
Syabas atas semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli parlimen PAS.