Ahad, 14 Februari 2016

Apa rasionalnya GKCM?



Tun Mahathir sekali lagi membuka lembaran baru dalam usaha menjatuhkan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini beliau dilantik sebagai Penaung kepada sekumpulan penyokong setianya yang dinamakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM)yang menjadi kumpulan pendesak untuk menjatuhkan Najib Razak.

Muka-muka yang menjadi penggerak utama adalah muka-muka yang dok menyalak ke sana ke mari. Antara program mereka ialah Bicara Negara oleh Tun Mahathir di Hotel Tower Regency Ipoh pada 16 Mei 2105.

Program kedua ialah Dialog PM bersama NGO pada 5 Jun 2015 di PWTC yang telah dibatalkan atas nasihat polis. 

Kegagalan kedua-dua program tersebut telah membawa Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin ke satu lagi program iaitu sesi road show iaitu Ucapan Pra PAU di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada 7 Disember 2015.

Keghairahan Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib menjadi tawar awal tahun ini kerana beliau sedar akan kesilapannya bermain dengan isu dari maklumat yang salah iaitu isu 1MDB.

Akan tetapi setelah anaknya Dato Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah telah menaikkan kembali hasrat beliau untuk membunuh terus karier politik Najib.

Dalam sidang media hari ini, Tun memainkan isu The Rule Of Law sudah Suspend now The Rule Of Najib Is On.

Tun berhasrat kesemua ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara menurunkan tanda tangan satu petisyen supaya satu siasatan RC dijalankan terhadap Najib.

Tun dalam sidang media juga terus berbohong kepada khalayak kononnya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditangkap dan di dera oleh polis kerana membuat laporan polis terhadap 1MDb.

Perkara yang sebenarnya ialah Khairudin membuat laporan polis pada 12 Disember 2014 di IPD Dang Wangi. Seperti biasa lah apabila seseorang membuat laporan polis beliau dikehendaki berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk diambil butir-butir diri dan juga maklumat isi repot. Sudah tentu ia mengambil masa berjam-jam. Ia bukan lah satu deraan seperti yang didakwa oleh Mahathir.

Selepas itu Khairudin yang juga bekas orang muflis terbang keluar negara iaitu Switzerland, London, Singapura dan Hong Kong untuk membuat laporan mengenai penyelewengan 1MDB.

Sekembalinya beliau dari luar negara beliau barulah beliau ditahan oleh pihak polis pada 18 September 2015 pada jam 7.00 malam di rumahnya.

Khairudin sebenarnya ditahan dii bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan dengan memburukkan negara di luar negara.

Kita lihat sejauh mana kah GKCM ini akan bertindak?

GKCM juga difahamkan tidak mempunyai Presiden atau jawatan kuasa tetapi melantik Mahathir sebagai Penaung. Mana punya perlembagaan dan peraturan pertubuhan yang mereka rujuk? Tak pernah dibuat orang pun selama ini. Inilah yang menunjukkan kebodohan GKCM.

Semasa menyebut Gabungan pun sudah menunjukkan kejanggalannya kerana Tun Mahathir pun janggal untuk menyebut gabungan sehingga di perbetulkan oleh pengikutnya.

Awas Ketua-Ketua Cawangan Umno seluruh negara, jika ada mangkuk-mangkuk ini datang untuk minta turunkan tanda tangan petisyen sila perambat dengan penyapu atau batang cangkul.