Ahad, 14 Februari 2016
Kecoh apabila 1.5 juta Bangla akan masuk ke Malaysia secara sah
Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini telah mengumumkan bahawa sejumlah 1.5 juta tenaga kerja akan dibawa masuk dari Bangladesh.
Pengumuman tersebut telah menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang menentang cadangan yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Pada tahun 2014, jumlah tenaga kerja dari luar negara yang membanjiri seluruh negeri dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang dan ianya dianggap masalah yang serius kepada negara. Daripada jumlah tersebut hanya 2.1 juta sahaja yang berdaftar secara sah. Angka ini diberikan oleh Dato Seri Richard Riot Menteri Sumber Tenaga.
2.1 juta pekerja asing ini dikategorikan sebagai PATI atau pendatang tanpa izin dan bukan nya semua dari Bangladesh.
Walaupun Zahid bukan menteri sumber tenaga tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau berhak untuk mengumumkan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dengan kerajaan Bangladesh ( G2G).
Malah ada yang menyatakan ahli keluarga Zahid terlibat dalam urusan membawa masuk pekerja asing khususnya dalam isu 1.5 juta ini. (Segalanya rundingan dan keputusan adalah dibuat bersama dan dirujuk kepada kementerian sumber tenaga)
Tadi dalam satu program bersama belia yang disiarkan dalam berita perdana jam 8, Zahid mencabar pemuda-pemuda supaya menceburi semua bidang pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D (Difficult, Danger Dirty). Bagaimana pun ada pihak telah menuduh Zahid menghina pekerja kolar biru.
Kepada PATI yang ditangkap termasuk dari Bangladesh, pihak kerajaan akan melaksankan program rehiring policy iaitu program pemutihan dengan tapisan yang ketat. Ini juga termasuk dalam program 1.5 juta pekerja Bangla.
Apa yang diusahakan oleh Zahid sebagai menteri KDN adalah satu usaha yang baik untuk membersih kan negara daripada kebanjiran pekerja haram yang akan mencecah 7 juta orang jika tidak dibendung.
Cumanya oleh kerana majoriti Bangla ada lah beragama Islam dan ia dilihat sebagai satu ancaman kepada sesetengah parti politik terutama Dap.
Dalam kempen pilihan raya umum 12 dan 13 pihak parti pembangkang pernah menuduh bahawa Umno telah membawa masuk 40 ribu pengundi Bangla untuk kemenangan Barisan Nasional. Namun sehingga kini mereka tidak dapat menunjukkan bukti tuduhan mereka.
Cuma satu cadangan kepada pihak kementerian sumber manusia dan KDN ialah kesemua pekerja Bangla dan lain-lain jika berjaya dibuat pemutihan mereka hendaklah diberikan kursus kenegaraan supaya mereka lebih faham akan undang-undang negara dan faham akan sosio budaya masyarakat Malaysia. Masih ingat JUS SOLI yang dikenakan kepada kaum Cina dan India yang ingin menetap dan menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu?
DAN jika menjadi pekerja yang baik, setia dan patuh kepada undang-undang negara apa salahnya jika kerajaan memberi mereka taraf warga negara.
Kita sedih dengan rakyat British yang telah diberi syarat kewarga negaraan jus soli tetapi hari ini terang-terang menjadi penderhaka sehingga berani menubuhkan parti politik yang menentang kerajaan yang memberi kerakyatan kepada mereka.