Isnin, 1 Februari 2016

HUDUD Cak lempong Pas

Semalam muka depan sinar harian antaranya ialah berita berkenaan seorang adun pas pro amanah mengeluarkan kenyataan mengenai isu hudud. Saya secara jujur tak membeli akhbar berkenaan. 


Tetapi dari risikan dan maklumat yang datang dari atas langit, ianya adalah dari perbincangan dari forum yang dianjurkan oleh suatu pihak membincangkan tentang akta 355 dan hudud di malaysia bertempat di Tanjong banquet. Forum tersebut di pengerusikan oleh Prof madya datuk Dr Mohamad agus Yusoff. 

Memang gempar kalau dia jadi pengerusi. Forum ini turut disertai oleh presiden parti amanah negeri Kelantan che ibrahim Mohamad, ketua Exco agama angkatan muda keadilan, wan ji wan Yusoff dan pakar undang-undang dap iaitu Prof Dr Abdul Aziz bari.amat pelik, kenapa tiada wakil pas yang hadir kerana bukan sahaja pas menjuarai dan memperguna isu hudud bahkan juga menjadikan peluru untuk menghentam UMNO/bn menerusi isu ini. 

Malah sebuah buku tulisan tuan guru Haron din juga menyalahkan UMNO walaupun jelas sekali kenyataan beliau dlm buku berkenaan setaraf kenyataan DAP. Buku tersebut kata-kata aluan ditulis oleh seseorang dengan nama syeik Nuruddin. 

Saya mahu sahaja menulis surat kepada tuan guru Haron din untuk memperbetul hujah beliau. Kalau surat tersebut ditulis itu bukan kali pertama. Sebelum ini juga ditulis tetapi tidak dibalas dalam beberapa isu. 

Sementelahan ayah saya adalah rakan seguru tuan guru Haron din di sebuah kampung di utara yang mana moyang saya ketika itu adalah penghulu kampung berkenaan. Maka mengapa kenyataan mantan Exco kanan pas Kelantan ini membuatkan pas umpama kena 'rebiah' telinga.


Dalam pendedahannya, husam Musa yang juga sahabat nizar Jamaluddin itu telah mengeluarkan perkataan yang merujuk kepada pas. Kononnya pas hanya memperguna hudud demi survivor politik dan bukannya kerana Allah. Atau ayat yang lebih sederhana ialah 'hanya mainan politik'. Husam menambah, isu tersebut telah 'memampuskan' pakatan rakyat. Husam mengingat kan satu tarikh iaitu 18 mac 2015. 

Pada tarikh tersebut seorang menteri persekutuan telah hadir ke pejabat kerajaan negeri Kelantan untuk memaklumkan bahawa usul hudud boleh di bawa ke parlimen. Usaha tersebut perlu dilakukan dengan segera. Setakat ini, apa yang kita faham kerajaan pusat tidak pernah menentang hudud, sebaliknya mungkin pas sendiri. 


Menurut husam Musa, agenda tersebut dirancang oleh dua orang pemimpin pas negeri iaitu datuk Mohd amar nik Abdullah dan datuk takiyuddin Hassan. Kedua-dua pemimpin ini pada perkiraan penulis sangat mesra kerajaan pusat. Contohnya datuk takiyuddin membelah arus memuji pengubahsuaian belanjawan pm Najib manakala timbalan mb pas pula mengamalkan dasar mesra negeri-pusat. 

Semasa banjir besarndi Kelantan, beliau mempertahan kerajaan pusat tidak isytihar darurat walaupun penyokong pas sendiri yang membuat tuduhan pusat sengaja tidak isytihar darurat. Menurut husam lagi, beliau sendiri telah berjumpa dengan presiden Hadi awang di rumah presiden pas terbabit sambil memberi keyakinan bahawa usul tersebut boleh di bentangkan di parlimen pada April 2015. 

Apa yang dikesalkan oleh beliau ialah usul hudud tidak dibawa ke parlimen oleh parti pas dan perkara tersebut senyap sahaja sehingga saat ini. Ini mendorong beliau untuk menuduh pas hanya mempermaikan isu hudud demi kepentingan politik kepartian. Beliau mendesak pemimpin pas menjelaskan kepada rakyat, mengapa hudud belum dibentang di parlimen. 

Penulis amat bersetuju dengan kenyataan husam ini. Pas perlu segera jelas kepada rakyat dan bukan hidup dalam penafian dan menyalahkan UMNO sahaja. Padahal UMNO sudah membina jalan dan 89 ahli parlimen UMNO diberi jaminan oleh pm Najib sebulat suara akan menyokong hudud di Kelantan. 

Berbeza dengan pkr mengalahkan seorang adun Kelantan dari parti itu supaya tidak hadir ke sidang dun Kelantan semasa pengundian di jalankan. Tetapi adun pkr tersebut hadir dan mengundi menyokong hudud walaupun pkr Pusat 'merah muka sampai kaki' marah kepada beliau. 

Mungkin ini penggal terakhir beliau seperti apa yang berlaku kepada mantan ahli parlimen pkr balik pulau yusmadi Yusof yang disingkir kan kerana memuji pembentangan belanjawan pm Najib. Dalam sidang media selepas itu, husam Musa berpendapat 'mungkin' pas Kelantan lebur pada pru-14 nanti.

Timbalan mb Kelantan, yb datuk nik Mohd amar dalam reaksi balas beliau menyatakan kenyataan husam Musa tidak berasas dan bodoh. Tetapi beliau tidak menjawab isu pokok iaitu kenapa hudud tidak di bentangkan di parlimen walaupun mendapat sokongan 'lampu hijau' kerajaan pusat yang kononnya zalim itu? Menambah perisa ialah ketua pemuda pas negeri Kelantan saudara Ahmad fadli merangkap ketua penerangan pemuda pas Malaysia memberi kenyataan yang lebih radikal. 

Beliau mendesak yb husam Musa yang memberi cabaran kepada pas soal hudud supaya meletakkan jawatan beliau sebagai seorang adun pas di samping meletakkan juga jawapan sebagai yang dipertua pas kubang kerian. 

Ketua pemuda pas negeri Kelantan tersebut juga menambah, husam Musa tidak lagi sesuai dalam arus perdana politik pas. Tetapi persamaan beliau dengan timbalan menteri besar Kelantan ialah tidak menyelesaikan teka-teki berkenaan rang undang-undang hudud di parlimen. Tetapi kena faham, parti amanah juga tidak akan menyokong hudud kerana terikat dan sememangnya pemimpin mereka sejak dari pas lagi adalah anti hudud. 


Penjelasan ustaz kazim mungkin ada asasnya. Seperti hari raya kita disajikan dengan lagu raya, begitu juga pas melagukan hudud menjelang pilihan raya.

-Osman jalani-