Sabtu, 27 Februari 2016

KRONOLOGI MESYUARAT MT

1. Pada 26 Februari 2016, suatu usul berkaitan TS Muhyiddin dibentang dalam mesyuarat MKT yang memerlukan pertimbangan semua ahli MKT.

2. YAB Presiden dan YAB TPM (selaku Naib Presiden 1 UMNO) merasakan diri mereka masing-masing mempunyai kepentingan ke atas kedudukan Timbalan Presiden, maka memilih untuk meninggalkan mesyuarat.

3. Ini kerana jawatan Timbalan Presiden berada secara langsung di atas atau di bawah kedudukan YAB Presiden dan YAB TPM (selaku Naib Presiden 1 UMNO), di dalam parti.

4. Dalam keadaan ini, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan UMNO (9.8.3.2), jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak dapat mempengerusikan mesyuarat MKT, Naib Presiden secara langsungnya mendapat mandat sebagai pengerusi mesyuarat.

5. Ahli-ahli MKT sebulat suara, bersetuju supaya DS Hishammuddin sebagai Naib Presiden 3 UMNO (dalam ketiadaan Naib Presiden 2, DS Shafie Apdal) untuk mempengerusikan mesyuarat MKT buat sementara.

6. DSHH selaku pengerusi sementara mesyuarat MKT, telah meminta pandangan secara terbuka dan terus terang oleh ahli-ahli MKT yang hadir, untuk mengemukakan pendapat masing-masing.

7. Setelah perbincangan yang panjang dan sirius, serta mendengar pandangan setiap ahli MT, maka MKT sebulat suara  (konsensus) memutuskan untuk tidak menggantung keahlian TSMY. Sebaliknya, MKT bersetuju jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh TS Muhyiddin diggantung, sehingga pemilihan MKT UMNO yang seterusnya.