Sabtu, 20 Februari 2016

Pelihara Status Tanah Rizab Melayu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir







Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan pemilik bagi tanah berstatus rizab Melayu supaya mengekalkan agar status tersebut dan tidak mudah untuk menukar tangan.

Meskipun tahu ada kekangan untuk membendung tindakan sedemikian, namun perkara tersebut sepatutnya tidak dipandang mudah.

"Kita mendengar dalam rizab Melayu dan ia tidak boleh memindah milik kepada yang bukan Melayu. Tapi mereka cari ruang dan kelemahan yang ada (dalam peruntukan) kaitan dengan tanah rizab Melayu.

Contoh umpamanya, mereka tubuhkan syarikat atas tanah rizab jadi tanah dimasukkan sebagai harta syarikat itu dan dia jual syarikat itu dan ia termasuk tanah rizab Melayu.

 "Ini salah satu loop hole yang mereka cari," katanya. Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Notis 5A di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, Kg Gajah hari ini.

Majlis berkenaan melibatkan pemberian tapak-tapak tanah kepada 811 penerima yang bagi Parlimen Pasir Salak.

“Apa yang kita nak tekankan ini adalah usaha kerajaan untuk bantu rakyat bagi mereka bina rumah mereka. Selain daripada itu mereka ada program-program pembangunan tersusun RPT.

 “Kita mengharapkan rakyat yang terima tapak rumah ini supaya jaga dan janganlah belum tengok dah beralih tangan,” ujar beliau.

Difahamkan keluasan tanah yang diberikan kepada untuk setiap satunya adalah sebesar 5400 persegi dan ia guna diberikan kepada golongan generasi muda.

“ Kita juga memberikan penekanan kepada generasi muda dan RPT generasi kedua di Pasir Salak ini melibatkan 442 penerima dan ini merupakan jumlah yang besar.

“Saya harap mereka bina rumah mereka dan rumah yang dibina dijaga supaya tidak bertukar tangan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.