Arul Kanda mengatakan kepada The Edge bahawa beliau "tidak menolak kemungkinan" adanya penipuan dengan kerjasama dalaman.
Ia adalah salah satu daripada dua kemungkinan yang Arul telah sebutkan dalam temu bual itu.
Kemungkinan pertama dan besar kemungkinan seperti yang diperkatakan oleh Arul ialah pengurusan baru IPIC mula menyedari bahawa liabiliti IPIC adalah lebih besar daripada yang mereka fikir dan mereka kini teragak-agak untuk membayar.
Kemungkinan kedua yang Arul sebut adalah dia tidak boleh sama sekali menolak terdapat kemungkinan wujudnya penipuan di pihak bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar dengan kemungkinan kerjasama dalaman.
Oleh itu, sebarang penipuan yang Arul maksudkan adalah penipuan dari pihak Aabar dengan kemungkinan bantuan daripada orang dalaman.
Perkara pertama yang anda harus ingat adalah bahawa 1MDB berurusan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pihak ‘counter-party’.
Jika anda tidak berurusan dan tidak boleh mempercayai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ‘counter-party’ anda, siapa lagi yang boleh anda percayai? Siapa lagi yang anda mahu berurusan?
Kedua, semua perjanjian itu telah dijelaskan oleh peguam 1MDB dengan segala usaha yang wajar dan kemudiannya diaudit oleh juruaudit antarabangsa. 1MDB juga mempunyai semua dokumentasi ini.
Ketiga, siasatan Peguam Negara Swiss khusus menyebut siasatan mereka melibatkan seorang bekas pekerja 1MDB (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol Halmi yang masih bersama 1MDB sebagai lembaga pengarah), Jho Low, pekerja dan bekas pekerja di Abu Dhabi . Ianya mengecewakan penyokong setia Tun M ', apabila Najib telah dinyatakan secara khusus, TIDAK menjadi sebahagian daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak Swiss.
Oleh itu, adalah tepat untuk Arul mengatakan bahawa dia tidak boleh menolak kemungkinan wujud penipuan oleh pihak Aabar dan kerjasama dalaman oleh seorang bekas pekerja.
Walau bagaimanapun, membaca wawancara penuh tersebut iia adalah jelas bahawa Arul percaya ini hanyalah pertikaian yang timbul daripada satu cubaan oleh IPIC - terutama sejak Arul menyatakan bahawa semua dokumentasi akaun, pernyata dan urusan perniagaan 1MDB dengan Aabar telah diketahui umum selama bertahun-tahun.
Arul telah mendahului dengan satu mata. Mengapa IPIC hanya mempertikaikan hal ini sekarang? Terutama sejak pengurusan baru mengambil alih setelah hampir setahun?
Sudah tentu media ingin mensensasikan kemungkinan kedua kerana ia boleh dijadikan tajuk yang ‘panas’ walaupun kemungkinan pertama adalah lebih cenderung merupakan punca sebenar.
Lim Sian See
Diterjemah oleh : KKMM