Isnin, 23 Mei 2016

ADUN BILUT TAK SEDAR DIRI

Sewaktu wakil Kerajaan menggulung hujah dalam sidang hari ini, isu mengenai GST juga turut disentuh.

Katanya, perlaksanaan GST ini telah dilaksanakan di beberapa buah Negara lain bagi membantu perkembangan ekonomi di Negara tersebut.

Namun, pembangkang di Malaysia menjadikan isu GST ini seolah-olah ianya membebankan rakyat.

Bangkit mencelah penggulungan yang dibuat oleh wakil Kerajaan itu, ADUN Bilut mendakwa Negara yang melaksanakan GST itu telah mengadakan Pilihan Raya yang adil dan bersih.

Jelas tindakan yang dilakukan oleh ADUN Bilut itu adalah satu tindakan yang menghina Dewan Undangan Negeri sekali gus tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya yang lalu.

Apabila didesak supaya tarik balik kenyataan yang dibuat, ADUN Bilut yang mewakili DAP itu tetap enggan melakukannya.

Alasan yang diberikan oleh ADUN Bilut itu, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan kepada logik dengan bersandarkan kepada keputusan undi popular.

Secara tidak lansung, ADUN Bilut itu sendiri telah memalukan dirinya kerana jika ikut logik, sekiranya sistem Pilihan Raya di Malaysia ni tak bersih, maka dia sendiri pun tak boleh jadi ADUN!!!