Sabtu, 28 Mei 2016

Kejayaan BN di Sarawak jadi momentum dua P. R. K

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini diharapkan dapat memberikan momentum serta nafas baharu kepada BN dan juga UMNO di negeri-negeri lain dalam usaha menjamin kemenangan termasuklah di dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta pilihan raya umum akan datang, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan hari ini telah membincangkan tentang beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada kemenangan BN Sarawak bagi memastikan kejayaan BN dalam PRK dan pilihan raya umum akan datang dapat terus dikekalkan.

"Mesyuarat MT UMNO hari ini bermula dengan kita menyampaikan ucapan tahniah kepada BN Sarawak yang berjaya memenangi PRN di atas kemenangan yang cemerlang. Kita juga berharap agar kejayaan BN Sarawak ini dapat memberikan momentum dan nafas baharu bagi kepada BN dan UMNO di negeri-negeri lain.

bns"Sehubungan dengan itu, MT juga telah mengambil maklum beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada BN di Sarawak, dimana ianya dapat dijadikan teladan serta panduan kepada negeri-negeri lain dalam  membuat persiapan dan tindakan sehingga boleh mencapai kejayaan yang diharapkan dalam khususnya dalam PRK yang akan berlansung tidak lama lagi.

"Kita juga telah diberikan taklimat tentang persiapan piliahn raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar termasuk jentera di peringkat bahagian yang telah bersiap sedia dan telah pun digerakkan," jelas beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Najib juga menegaskan bahawa jentera BN yang terlibat di dalam kedua-dua PRK ini telah mempamerkan semangat yang tinggi, bermotivasi dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Kita berharap agar kerja keras dan usaha gigih yang dilakukan oleh jentera BN di kedua-dua PRK ini dapat menjamin kemenangan untuk memastikan kerusi Parlimen itu akan terus berada di bawah penguasaan BN dengan peningkatan majoriti berbanding pilihan raya yang lalu.

Beliau turut mengumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kedua-dua PRK kali ini dan dibantu oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga kepimpinan UMNO yang lain.

"Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Zambry Abdul Kadir pula dilantik menjadi pengarah PRK di Kuala Kangsar dan bagi PRK Sungai Besar, Datuk Seri Noh Omar telah dilantik menjadi pengarah piliahn raya di kawasan parlimen tersebut.

"Mesyuarat MT kali ini juga telah membincangkan beberapa panduan yang akan kita berikan kepada jentera-jentera BN di kedua-dua kawasan Parlimen dalam menghadapi PRK kali ini. Manakala soal calon pula, kita akan umumkan pada malam ini di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar pula calon akan diumumkan pada petang esok," ujarnya. –MediaUMNO

 



Sent from Samsung tablet.