Jumaat, 17 Jun 2016

AWAS JANGAN TERPEDAYA DENGAN JUDI BOLA DAN JUDI #PRKSgBesar

Sekarang musim bola UEFA EURO 2016, Tauke judi haram sedang mencari pelanggan dengan pelbagai cara untuk menipu peminat bola.  Euro 16 sama seperti World Cup 4 tahun sekali, tak ada pun kaki judi yang kaya raya sebaliknya berhutang keliling pinggang untuk terus hidup. Menang RM100 tetapi wang yang habis beribu ringgit.

Kini tauke judi cuba menipu pula dengan judi PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Cuma bezanya ialah cara dan syarat judi agak pelik sikit.

Tauke judi meletakan syarat yang belit macam ular. Syaratnya ialah Jika BN menang wang pulangan 2 kali ganda wang taruhan. Jika PAN menang 10 kali ganda ganjarannya.

Ini adalah Psikologi untuk kepada tauke judi untuk menipu pelanggannya.Kepada yang termakan hasutan tauke judi, mereka akan berusaha supaya pengundi terutama orang Cina mengundi calon PAN.

Kenapa tauke judi berani meletakan ganjaran sedemikian  kerana mereka tahu  BN akan menang besar. Jadi keuntungan mereka juga besar,