Ahad, 12 Jun 2016

Umno Zalim Roboh Rumah Rakyat ? #PRKKualaKangsar #KekalBN

Sekarang musim kempen PRK, Jadi banyak lah isu lama-lama dikitar semuala oleh pihak pembangkang.

Antara yang dikitar semula ialah kisah bantahan Dap yang cuba mempertahankan setinggan di Mantin Negeri Sembilan, Isu ini berlaku bulan September 2013 seperti yang dilapor di bawah.

SEREMBAN 30 Sept. - Seramai 11 individu termasuk dua wanita ditahan polis kerana cuba menghalang sebuah syarikat pemaju daripada menjalankan kerja meroboh beberapa buah rumah setinggan di Kampung Hakka, Mantin dekat sini hari ini.Kerja membersihkan kawasan berkenaan yang sepatutnya bermula kira-kira pukul 9 pagi tertangguh hampir tiga jam apabila sekumpulan 50 penduduk termasuk aktivis cuba menghalang kakitangan syarikat berkenaan daripada masuk ke kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba menenangkan penduduk berkenaan tetapi mereka enggan sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis.
''Dalam kejadian itu, kita menahan sembilan lelaki dan dua wanita berusia 35 hingga 65 tahun kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
''Hasil semakan juga mendapati hanya dua orang yang ditahan ini adalah penduduk di kampung berkenaan dan selebihnya adalah aktivis luar," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, keadaan kembali tenang apabila wakil penduduk berunding dengan pihak pemaju dan kakitangan mahkamah untuk menangguhkan sementara kerja-kerja roboh berkenaan.
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
''Semua yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Mantin untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
''Kesemua mereka yang ditahan ini akan dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas," ujarnya.

Ia menunjukkan pembangkang habis modal untuk berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar