Isnin, 20 Jun 2016

Rafizi Ramli Menyalahkan Pengundi


Sejak awal penyertaan Rafizi dalam politik PKR, modalnya ialah memperlekehkan lawan, menfitnah, mencela, menuduh lawannya pemakan rasuah, mencuri duit rakyat, kamu lupa bahawa diri kamu umpama ayam yang berkokok tetapi ekor kamu penuh najis

Rafizi Ramli menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil  akibat dua penyakit yang dihadapi oleh  pengundi sejak sekian lama.

Rafizi Ramli menyatakan bahawa perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

"Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan PAN  itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri.

"Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan Pas telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada Pas," tokok Rafizi.

Penyakit kedua iaitu kebendaan apabila dijanjikan pelbagai projek dan wang yang diagih semasa kempen.

"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain faktor projek yang dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka.

"PRK kali ini membuktikan bahawa penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa," -

Nota Lutut,

Rafizi harus melihat bahawa pembohongan,  fitnah, penghinaan,  caci maki yang dilakukan oleh penceramah Dap, PKR dan Pan tidak lagi diterima oleh pengundi.

Pengundi mahu politik pembangunan, politik matang, politik yang menjamin keselamatan, politik yang menjanjikan kesejahteraan hidup serta ketenteraman berpanjangan.

Pengundi juga meluat dan menyampah dengan politik hasad dengki yang dilontarkan oleh Dap, PAN dan PKR semasa berkempen.

Sedarlah wahai  Rafizi bahawa masa depan politik kamu juga bakal  berakhir,  ramai ahli dan penyokong kami juga sudah bersiap sedia untuk menyisihkan kamu dalam PKR.

Kamu akan menjadi kupang tembaga yang tiada nilai. Bila kamu musnah dalam politik kamu sendiri, apakah kamu akan menuduh bahawa pengundi dan penyokong kamu dijangkiti penyakit HIV? 




Sent from Samsung tablet.